Development of a microprocessor based PWM AC-DC converter /

Penukar AC-DC biasa menunjukkan dua kelemahan yang utama: ia menghasilkan arus harmonik dan memerlukan kuasa reaktif. Oleh itu, projek ini melibatkan kajian dan pembangunan sebuah penukar AC-DC yang menggunakan teknik Pemodulatan Lebar Denyut (PWM) yang bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan ini....

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 198152 Chuah, Chin Lee
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Penukar AC-DC biasa menunjukkan dua kelemahan yang utama: ia menghasilkan arus harmonik dan memerlukan kuasa reaktif. Oleh itu, projek ini melibatkan kajian dan pembangunan sebuah penukar AC-DC yang menggunakan teknik Pemodulatan Lebar Denyut (PWM) yang bertujuan untuk mengurangkan kesan-kesan ini. Teknik kawalan PWM telah digunakan secara meluas dalam rekaan inverter sumber voltan. Teknik ini telah diakui umum kerana kelebihannya berbanding dengan teknik biasa. Kajian secara teori menunjukkan bahawa ciri-ciri keluaran dan masukkan penukar PWM boleh diperbaiki dengan pengurangan harmonik dan peningkatan faktor kuasa keluaran. Dalam laporan ini, kajian dan pembangunan sebuah penukar AC-DC kawalan. PWM dengan menggunakan pemproses mikro telah dibincangkan. Gelombang PWM dihasilkan dengan menggunakan Programmable Timer Module yang dikawal oleh satu pemproses mikro 16 bit. Sistem siap telah diuji dan keputusannya telah dikemukakan.