Summary: | Telekommunikasi telah memasuki era baru dengan pengenalan 'Integrated Services Digital Network' (ISDN). Project ini mempergunakan keupayaan rangkaian ISDN untuk mengadakan panggilan suara dan data untuk 'desktop conferencing'. Sistem 'desktop conferencing' ini terdiri daripada empat elemen, iaitu rangkaian ISDN, pengubah terminal, komputer mikro yang berfungsi sebagai terminal ISDN dan perisian sistem Windows. Tugas utama project ini adalah untuk membangunkan satu perisian yang mengkordinasikan elemen-elemen tersebut supaya ia dapat memperuntukkan fungsi-fungsi komunikasi yang diinginkan. Bahagian project yang dijalankan ini bertumpu kepada pembangunan fungsi-fungsi data iaitu fungsi penghantaran fail dang fungsi perkongsian paparan teks. Fungsi penghantaran fail membolehkan kedua-dua pihak yang dijalinkan untuk menghantarkan fail-fail yang diingini kepada pihak yang lain. Fungsi perkongsian paparan teks pula membolehkan kedua-dua pihak berkongsi paparan teks yang sama dan kedua-dua pihak dapat mengubahkan kandungan teks itu. Fungsi-fungsi ini telah dibina berdasarkan kepada 'ISDN PC Card', satu kad pengantaran yang menukarkan sebuah komputer mikro kepada sebuah terminal ISDN. Perisian ini adalah satu perisian Windows yang beroperasi dalam mode 'standard' atau '396 enhanced'. Pelbagai sifat perisian sistem windows yang menarik telah digabungkan kedalam perisian yang dibina.
|