Summary: | Pada asalhnya tajuk projek ini adalah "kajian perbandingan terhadap pengerak arus terus". Oleh sebab ketiadaan alat kajian yang diperlukan, maka tajuk projek ini digantikan dengan tajuk sekarang. Dengan perkembangan teknologi separuh pengalir ini mendorong ramai jurutera elektrik mengkaji bidang elektronik kuasa dengan lebih giat terutama dari segi kaedah kawalanya. Kegunaan peranti "thyristor" dalam bidang elektronik kuasa dan kawalan perindustrian amatlah meluas dan terus berkembang. Walauapapun kegunaanya, perkara penting ialah bagaimana peranti thyristor ini harus dikawal, samada mengawal kelewatan sudut cetusannya atau sudut pengalirannya. Teknik kawalan fasa merupakan teknik yang selalu digunakan. Kaedah lama untuk menghasilkan isyarat denyutan untuk cetusan thyristor dengan mengunakan transistor UJT dan alat-ubah denyut, tetapi kawalan sudut fasa mengunakan kaedah gabungan analog dan perenti digit dengan proses janaan denyut semula serta pengukuran sudutnya secara berdigit kurang diberi perhatian. Oleh itu projek ini mempamirkan suatu kaedah baru dalam mengawal thyristor dari kawalan untuk sistem satu fasa kepada tiga fasa dengan mengunakan gabungan pembanding-ramp untuk satu fasa serta pengekodan untuk menghasilkan cetusan thyristor bagi tiga fasa. Projek ini jugamempamirkan kaedah paparan sudut fasa thyristor secara berdigit. Oleh sebab sistem ini berdigit, maka ia mempunyai banyak kelebihan dan lebih fleksibil untuk digabungkan kepada sistem pemproses-mikro dan mikr0-komputer. Dari segi kos, ianya dapat dibina pada kos yang rendah dan mudah diperolehi kerana kebanyakkan rekaan dalam projek ini mengunakan peranti TTL.
|