Penilaian semula bandar Tenggara sebagai pusat pertumbuhan wilaya

Salah satu strategi pembangunan wilayah di negara ini adalah pembangunan kawasan luar bandar dengan penubuhan-penubuhan pusat-pusat pertumbuhan baru luar bandar. Strategi ini adalah bertujuan untuk memajukan wilayah-wilayah mundur melalui perindustrian dan juga meningkatkan penglibatan kaum bumipute...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: Jasmi Lebai Ahmad
格式:
语言:may
主题:
实物特征
总结:Salah satu strategi pembangunan wilayah di negara ini adalah pembangunan kawasan luar bandar dengan penubuhan-penubuhan pusat-pusat pertumbuhan baru luar bandar. Strategi ini adalah bertujuan untuk memajukan wilayah-wilayah mundur melalui perindustrian dan juga meningkatkan penglibatan kaum bumiputera dalam aktiviti perbandaran dan perindustrian. Antara sebab-sebab utama pusat-pusat pertumbuhan luar bandar dibina adalah kerana keperluan untuk menyediakan infrastruktur bagi membolehkan penduduk memasuki dan tinggal di Wilayah-wilayah sedang membangun. Selain itu bertujuan untuk memperbandarkan kawasan luar bandar serta membuka peluang-peluang ekonomi untuk penduduk-penduduk bumiputera. Dalam hal ini, Bandar Tenggara sebagai sebuah pusat pertumbuhan Wilayah Johor Tengah yang baru dibangunkan mempunyai peranan penting dalam mencapai tujuan-tujuan tersebut. Namun begitu dalam proses pembangunannya ujud masalah-mnmasalah seperti kekurangan penduduk, asas ekonomi yang lemah, kecbocoran ekonomi, pengaruh dan persaingan dengan petempatan lain dan masalah penyelarasan dan perlaksanaan. Melihat kepada masalah-masalah yang dihadapi maka perlulah dieksploitasi segala potensi-potensi yang ada di mana pihak kerajaan perlu memainkan peranan yang penting. Potensi-potensi tersebut seperti pelbagaian pertanian, pembangunan industri dan perhutanan, perniagan dan penyediaan kemudahan-kemudahan perkhidmatan bandar. Keduanya menarik penduduk-penduduk dan pelabur-pelabur ke Bandar Tenggara melalui penyediaan peluang-peluang seperti insentif-insentif dan kemudah-kemudahan infrastruktur yang diperlukan. Ini dapat dilaksanakan melalui perancangan dan pembangunan semula Bandar Tenggara berdasarkan potensi-potensi semasa.