Pencapaian Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dalam memajukan kampung-kampung tradisi : kajian kes Kampung Kubang Menderong Seberang Prai Utara /

Menyedari hakikat bahawa kemiskinan masih merupakan salah satu isu luar bandar di Malaysia, usaha-usaha ke arah mengatasinya telahpun dijalankan. Dengan pengenalan konsep "Halacara baru dalam pembangunan kampung dan luar bandar", ia menggambarkan usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan d...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 415686 Khoo, Boon Soon
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1989
Subjects:
Description
Summary:Menyedari hakikat bahawa kemiskinan masih merupakan salah satu isu luar bandar di Malaysia, usaha-usaha ke arah mengatasinya telahpun dijalankan. Dengan pengenalan konsep "Halacara baru dalam pembangunan kampung dan luar bandar", ia menggambarkan usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan memajukan penduduk kawasan luar bandar. Sehingga kini terdapat tujuh agensi pembangunan wilayah yang ada di antaranya bergiat untuk membasmi kemiskinan tetapi sejauh manakah pencapaian Lembaga Kemajuan Wilayah dalam memajukan kawasan luar bandar memandangkan kadar kemiskinan 25% di luar bandar masih tinggi. Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) merupakan sebuah agensi pembangunan wilayah yang ditubuhkan bagi memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan luar bandar. Tumpuan utama adalah ke arah mengurangkan jurang perbezaan pembangunan sosio-ekonomi diantara kawasan bandar (metropolitan) dan luar bandar. Pada masa kini sebanyak 27 kampung dikenalpasti oleh pihak pengurusan PERDA untuk dimajukan melalui strategi pembangunan bersepadu. Salah satu daripada kampung induk PERDA ialah Kampung Kubang Menderong. Sebelum kemasukan PERDA pada 1983, kawasan kajian merupakan kampung yang terpencil dari segi arus pembangunan, terdapat pelbagai masalah seperti kemiskinan, kadar pengangguran yang tinggi dan kekurangan kemudahan infrastruktur tetapi pada masa kini memang tidak boleh dinafikan bahawa PERDA telah berupaya meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk kawasan kajian terutama dari segi pendapatan, taraf kesihatan dan kemudahan infrastruktur. Walaupun masih terdapat beberapa masalah yang ketara seperti; kadar pengangguran yang masih tinggi, tahap kesedaran yang rendah dikalangan penduduk terhadap peranan PERDA, pertindihan aktiviti-aktiviti pemajuan di antara agensi-agensi pembangunan dan pergantungan kepada orang tengah dalam memasarkan hasil-hasil pertaniannya tetapi pencapaian masih boleh dibanggakan memandangkan PERDA masih baru dan hanya bergiat selama 5 tahun. Untuk mempertingkatkan lagi taraf kehidupan penduduk di kawasan kajian strategi pembangunan Kubang Menderong yang diamalkan oleh PERDA telah dikemaskinikan supaya ia merupakan satu strategi bersepadu yang mempertimbangkan elemen-elemen yang sesuai dengan isu-isu tempatan dan berdasarkan strategi ini pelbagai cadangan terutamanya berhubung dengan aspek ekonomi, sosial, organisasi dan pentadbiran dan penerapan dasar-dasar kerajaan telah dikemukakan. Penekanan adalah diberikan kepada pembentukan sikap masyarakat tempatan terhadap usaha-usaha pembangunan, aspek pembangunan ekonomi serta peranan agensi-agensi kerajaan dalam memajukan kawasan kajian. Pada keseluruhannya kajian ini dengan jelas membuktikan bahawa program Kemajuan Kampung Tradisional PERDA masih boleh diterimapakai kerana ia adalah berkesan dalam usaha membasmi kemiskinan dan memajukan penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar, secara ringkasnya ia boleh dijadikan model contoh kepada pembangunan kampung-kampung tradisi lain di Wilayah PERDA.