Summary: | Kepentingan idustri pelancongan terhadapa pertumbuhan ekonomi Negeri Melaka memang tidak dapat dinafikan. Dalam tahun 1985, seramai 852,938 pelawat luar negeri mengunjungi Melaka dan menyumbangkan pendapatan sejumlah $132.17 juta serta mewujudkan sebanyak 4,500 peluang pekerjaan. Kedatangan mereka ini adalah semata-mata kerana tarikan kesan-kesan peninggalan sejarah dan warisan budaya antarabangsanya yang masyhur. Malangnya warisan peninggalan semakin hari semakin merosot kualitinya akibat dari proses kelapukan dan arus pembangunan yang pesat dikawasan sekitarnya. Keadaan ini menjadi semakin seriuas kerana tiadanya usaha-usaha menjaga dan melindunginya secara menyeluruh dijalankan. AKibatnya, kawasan atau bangunan istimewa ini menjadi usang dan merosot kualitinya. Dari segi ekonomi, kemerosotan itu telah membawa kejatuhan nilai sewa,ruang lantai perniagaan dan kehilangan pekerjaan serta pendapatan. mplikasinya berlakulah masalah penghijrahan keluar dan jurang sosial. Penghijrahan keluar golongan tua dan kanak-kanak memonopoli kawasan bersejarah ini. Keadaan atau arah aliran ini mempunyai kesan negatif terhadap pembangunan atau pertumbuhan ekonomi masa hadapan kawasan kajian. Selaras dengan kepentingan warisan sejarah dan budaya serta juga fungsinya sebagai pusat aktiviti ekonomi maka satu garispanduan pembangunan yang berasaskan kepada konsep pemeliharaan bandar digariskan untuk menyeimbangkan keperluan pertumbuhan ekonomi dan pengekalan warisan sejarah. Cadangan dan garispanduan pembangunan dapat dilaksanakan melalui tiga strategi pembangunan yang dikenalpasti iaitu pengekalan, pembaikan dan pembangunan semula.
|