Pembangunan perumahan kos rendah oleh Lembaga Pembangunan dan Bandar (LPPB) : sejauhmana keberkesannya berdasarkan penerimaan penduduk bandar. Kes kajian : Kota Kinabalu

Rumah merupakan satu keperluan asas sosial yang mana perlu dipunyai oleh setiap keluarga sebagai tempat berlindung. Masalah perumahan ini dirasai terutamanya oleh golongan berpendapatan rendah. Bagi Negeri Sabah, penyediaan rumah kos rendah disediakan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (L...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 415725 Kenson, Walter
Format:
Published: Sekudai : UTM; 1989
Subjects:
Description
Summary:Rumah merupakan satu keperluan asas sosial yang mana perlu dipunyai oleh setiap keluarga sebagai tempat berlindung. Masalah perumahan ini dirasai terutamanya oleh golongan berpendapatan rendah. Bagi Negeri Sabah, penyediaan rumah kos rendah disediakan oleh Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB). Ia merupakan perlaksana tunggal kerana sektor swasta langsung tidak melibatkan diri dalam hal ini. Disebabkan kos pembangunan yang telah meningkat, kerajaan telah mengambil beberapa langkah seperti mengurangkan keluasan lantai, pengurangan mutu binaan dan melonggarkan keperluan piawaian kemudahan dan infrastruktur demi untuk memastikan rumah kos rendah masih di dalam kemampuan pembeli. Adalah menjadi persoalan bahawa tindakan mementingkan pengurangan kos, langsung membelakangkan perancangan fizikal dan persekitaran. Begitu juga dengan penerimaan penduduk sama ada ianya bersesuaian dengan citarasa, ekonomi dan nilai sosial mereka sebagai penduduk pendapatan rendah dalam bandar. Daripada kajian didapati bahawa terdapat tiga aspek utama yang tidak diterima oleh penghunu iaitu (i) kesempitan ruang, (ii) pembekalan kemudahan yang terhad dan (iii) estatika perumahan yang tidak menarik. Walaupun penduduk sedar akan masalah ini tetapi keinginan untuk mendapatkan rumah sendiri lebih mengatasi keputusan mereka. Oleh itu, perlu dipertimbangkan oleh pihak perlaksana bahawa pembekalan perumahan kepada penduduk berpendapatan rendah, bukan sahaja perlu memikirkan faktor harga supaya didalam kemampuan penduduk, tetapi juga perlu mempertimbangkan faktor citarasa penduduk, rekabentuk rumah dan suasana perumahan. Oleh itu cadangan telah dikemukakan iaitu (i) penglibatan berbagai pihak bagi meningkatkan penawaran rumah kos rendah, (ii) penyesuaian lot, (iii) kawalan penambahan bangunan, (iv) pembekalan kemudahan, (v) pelbagaian jenis rumah dan (vi) agihan pemilikan yang adil. Dengan cadangan-cadangan ini diharapkan dapat memperbaiki kualiti persekitaran perumahan dan seterusnya meningkatkan penerimaan penghuni.