Summary: | Pembangunan pesat bandar Johor Bahru telah menambahkan pemilikkan kenderaan yang lantas mempertingkatkan penggunaan pengangkutan persendirian. Pertambahan ini secara langsung telah menimbulkan kesesakan lalulintas dibandar Johor Bahru. Oleh itu, untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di bandar Johor Bahru, langkah-langkah yang mengurangkan penggunaan pengangkutan adalah perlu. Berdasarkan ini, persendirian di Johor Bahru telah dijalankan. Dalam konteks ini, multiple regression analysis' telah digunapakai bagi tujuan pembuktian hipotesis. Pada peringkat akhir kajian dissertasi ini, 5 faktor utama yang mempengaruhi penggunaan persendirian telah dikenalpasti. Faktor-faktor ini termasuklah jumlah ahli keluarga yang memiliki lesen memandu, pendapatan isirumah,kekerapan perkhidmatan bas, saiz isirumah dan jarak rumah dari pusat bandar Johor Bahru. Disamping itu, satu model juga dibentuk berdasaran maklumat-maklumat sediada. Model ini boleh digunakan untuk pengiraan unit perjanaan perjalanan dengan pengangkutan persendirian. Memandangkan kajian ini tidak berhenti disini sahaja, 2 cadangan kajian lanjutan juga disaranan dalam kajian ini.
|