SEJARAH PEMBINAAN HUKUM ISLAM /

Dalam mengenali selok-belok hukum Islam, pengetahuan tentang sejarah pertumbuhan dan pembinaannya amat penting. Hakikat ini, bagaimanapun, tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dalam tradisi pengajian Hukum Islam di negara kita ini. Penumpuan yang lebih telah dibuat dalam memahami teks-teks hukum...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mahmood Zuhdi Abdul Majid, 1945-, author 422322
Format: text
Language:may
Published: Kuala Lumpur : Jabatan Penerbitan Universiti Malaya, 1988
Subjects:
Description
Summary:Dalam mengenali selok-belok hukum Islam, pengetahuan tentang sejarah pertumbuhan dan pembinaannya amat penting. Hakikat ini, bagaimanapun, tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dalam tradisi pengajian Hukum Islam di negara kita ini. Penumpuan yang lebih telah dibuat dalam memahami teks-teks hukum secara yang terpisah dari latar belakang hukum itu sendiri difatwakan oleh para fuqaha berkenaan. Hasilnya pemahaman terhadap hukum agak dangkal di samping muncul pula berbagai-bagai pegangan hukum yang tidak sebenarnya tidak sesuai dengan keadaan dan masa. Buku Sejarah Pembinaan Hukum Islam ini bertujuan untuk membetulkan kesilapan tersebut. Buku ini mengandungi keterangan mengenai bagaimana bertumbuh dan berkembangnya metodologi para fuqaha dalam memahami hukum dari al-Quran dan as-sunnah dan bagaimana kaedah ini berbeza di antara satu sama lain sama ada pada zaman yang sama patah lagi pada zaman yang berbeza. Meskipun pada asasnya buku ini ditulis untuk para pelajar yang mengambil kursus Sejarah Hukum Islam namun buku ini diharap dapat memberi panduan dan maklumat yang berguna kepada masyarakat umum juga, terutama mereka yang mempunyai asas yang munasabah tentang hukum Islam, lebih-lebih lagi di dalam mengenali apakah sebenarnya yang dikatakan perbezaan mazhab di dalam pengajian hukum Islam.