Perbandingan pencapaian akademik pelajar luar asrama dengan pelajar dalam asrama di sekolah menengah vokasional di Negeri Johor Darul Takzim/
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perbezaan pencapaian akademik pelajar yang tinggal di luar asrama dengan pelajar yang tinggal di dalam asrama di Sekolah Menengah Vokasional di negeri Johor darul Takzim. Kajian dijalankan di tiga buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) di negeri Johor iaitu S.M....
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Skudai : UTM,
1993
|
Subjects: |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengetahui perbezaan pencapaian akademik pelajar yang tinggal di luar asrama dengan pelajar yang tinggal di dalam asrama di Sekolah Menengah Vokasional di negeri Johor darul Takzim. Kajian dijalankan di tiga buah Sekolah Menengah Vokasional (SMV) di negeri Johor iaitu S.M.V. Johor bahru, S.M.V Kluang dan S.M.V., melalui soal selidik dan temubual. Borang soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A mengenai biodata responden dan bahagian B mengandungi 39 soalan yang berkaitan dengan tujuh persoalan kajian ini. Seramai 300 orang pelajar dan 6 orang guru dipilih sebagai responden. Keputusan kajian menunjukkan pencapaian akademik pelajar yang tinggal di luar asrama tidak jauh berbeza dengan pelajar yang tinggal di dalam asrama. Bagaimanapun pelajar asrama menunjukkan pencapaian akademik yang sedikit lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar luar asrama. Kajian juga mendapati pelajar luar asrama berbelanja lebih dari pelajar dalam asrama dalam sebulan di sekolah. Pelajar asrama belajar lebih daripada 3 jam sehari selepas waktu sekolah. Semua responden menyatakan persetujuan mereka diberi kerja rumah atau tambahan. Akan tetapi tidak bersetuju jika diberi terlalu banyak kerja rumah. Ini akan menyebabkan mereka tidak berkesempatan untuk mengulangkaji pelajaran. Perbincangan dengan rakan, rancangan belajar yang teratur serta dorongan dan nasihat dari guru akan menyebabkan pelajar mendapat kejayaan yang baik dalam pelajaran. |
---|