Satu kajian mengenai iklim sekolah menengah vokasional Tanah Merah, Tanah Merah, Kelantan/

Iklim sekolah dapat dilihat sebagai keadaan yang wujud dipersekitaran kawasan sekolah. Perhubungan antara komuniti sekolah, kemudahan fizikal, suasana pengajaran dan pembelajaran, disiplin dan lain-lain merupakan beberapa faktor yang wujud dalam iklim sekolah. Dengan kata lain iklim sekolah dimaksud...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 206803 Che Yacob Che Ahamad
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Iklim sekolah dapat dilihat sebagai keadaan yang wujud dipersekitaran kawasan sekolah. Perhubungan antara komuniti sekolah, kemudahan fizikal, suasana pengajaran dan pembelajaran, disiplin dan lain-lain merupakan beberapa faktor yang wujud dalam iklim sekolah. Dengan kata lain iklim sekolah dimaksudkan sebagai suasana dalaman dan kawasan persekitaran sekolah. Kajian ini bertujuan melihat ciri-ciri Iklim Sekolah Menengah Vokasional Tanah Merah, Kelantan dari persepsi guru dan murid serta melihat hubungan antara iklim sekolah dengan masalah disiplin di kalangan murid. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik yang mengukur sejauh mana guru dan murid berpuas hati dengan iklim di sekolah dan masalah disiplin di kalangan murid. Responden adalah terdiri daripada guru dan murid di sekolah tersebut. Seramai 40 orang guru dan 60 orang murid telah dijadikan sampel dalam kajian ini. Daripada pengumpulan data adalah menggunakan kertas soal selidik yang diedarkan kepada responden. dengan penganalisian data menunjukkan tidak ada perhubungan yang baik di antara komuniti di sekolah. Ini bermakna iklim Sekolah Menengah Vokasional Tanah merah boleh dikatakan berada di tahap tertutup. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat permasalahan seperti masalah disiplin dan ketidak puasan kerja guru dengan iklim sekolah. Hasil daripada kajian ini, adalah dicadangkan bahawa saiz sekolah yang paling sesuai adalah sekolah yang sederhana, ini kerana dapatan kajian menunjukkan saiz sekolah sederhana memperlihatkan iklim yang lebih baik.