Perkembangan dan pelaksanaan program pendidikan vokasional di sekolah menengah persendirian Cina Malaysia /

Program pendidikan vokasional telah diperkenalkan kepada sekolah menengah persendirian Cina di Malaysia sejak dari 1987, dengan matlamat untuk memberisumbangan kepada sektor perindustrian negara yang pesat berkembang. Walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lemba...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 272767 Wong, Wing Thye
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Program pendidikan vokasional telah diperkenalkan kepada sekolah menengah persendirian Cina di Malaysia sejak dari 1987, dengan matlamat untuk memberisumbangan kepada sektor perindustrian negara yang pesat berkembang. Walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, yanh menjadi badan induk kepada sekolahberkenaan untuk melaksanakan program ini, namun sehingga 1992, hanya 11 daripada 60 sekolah berkenaan berjaya menubuhkan program tersebut. Kajian inicuba mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh 49 buah sekolah berkenaan yang masih belum lagi menubuhkan program tersebut. Manakala bagi 11 buah sekolah yang sedang mengendalikan program tersebut pula, pengukuran terhadap keberkesanan program tersebut telah dilakukan untuk menentukan arah pencapaiannya setakat ini. Untuk mengendalikan kajian, soal selidik dengan kaedah skil Likert telah digunakan terhadap sampel-sampel yang terdiri daripada pengetua, tenaga pengajar dan pelajar daripada sekolah-sekolah yang berkenaan. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa masalah-masalah dominan yang menjadi punca utama program tersebut tidak dapat ditubuhkan di sekolah-sekolah berkenaan ialah masalah kewangan, tenaga pengajar dan infrastruktur. Manakala bagi sekolah-sekolah yang sedang mengendalikan program tersebut pula, didapati program tersebut telah dijalankan dengan agak berkesan sekali atas keyakinan dan minat pihak-pihak yang terlibat dengan secara langsung, iaitu tenaga pengajar dan pelajar sekalian. Di akhir kajian, cadangan untuk memperbaiki lagi mutu program pendidikan vokasional telah dibuat, agar manfaatt dapat diberikan terhadap generasi muda, dengan harapan sebuah negara yang progresifdan berlandaskan penggunaan sauns dan teknologi idaman negara perindustrian dapat dilahirkan.