Pengurusan makmal mata pelajaran kemahiran hidup : satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah di daerah Alor Gajah, Melaka /

Mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah satu mata matapelajaran yang barudiperkenalkan di sekolah-sekolah untuk memperlengkapkan lagi mata pelajaran Seni Perusahaan, Ekonomi Rumahtangga, perdagangan dan Sains Pertanian supaya menjadi lebih mantap dan berkesan pada pelajar.Sebelumnya, pelajaar dibahagi...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 213395 Shahrin Mohd Yasin
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1993
Subjects:
Description
Summary:Mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah satu mata matapelajaran yang barudiperkenalkan di sekolah-sekolah untuk memperlengkapkan lagi mata pelajaran Seni Perusahaan, Ekonomi Rumahtangga, perdagangan dan Sains Pertanian supaya menjadi lebih mantap dan berkesan pada pelajar.Sebelumnya, pelajaar dibahagikan mengikut kemampuan inteleknya iaitupelajar dikelas yang baik mengambil pelajaran perdagangan, pelajar yangsederhana mengikut pelajaran Seni Perusahaan oleh murid lelaki, Ekonomi Rumahtangga untuk pelajar perempuan dan pelajar yang lemah terpaksa mengikuti pelajaran Sains Pertanian. Penilaian yang dibuat untuk menentukan kelas pengkhususan ini diambil dari keputusan penilaian darjah lima serta ujian penyelerasan di bidang matematik dan sains di awal eprsekolahan tingkatan satu. Dengan itu pelajar tidak dapat menghayati pelajaran di bidang yang lain daripengkhususannya. Setelah wujudnya mata pelajaran Kemahiran Hidup ini makapelajar boleh mendapat ilmu di bidang keseluruhnnya agar membolehkan merekatahu buat sendiri kerosakan-kerosakan kecil perkakas dan alatan dirumah, bersahsiah sayangkan keluarga, bercucuk tanam untuk perhiasan dan keperluanharian, boleh memasak makanan sendiri, pendedahan di bidang keusahawanan, boleh bertukang, menjahit butang atau pakaian yang terkoyak dan berbagai lagi.Keberkenanan mata pelajaran ini bukan terletak di atas kertas ianya perlu dilahat pada perlaksanaanya. Dengan itu adalah menjadi minat saya untuk membuat kajian sejauhmanakah keberkesanan dari sudut masalah pengurusan makmal Kemahiran Hidup. Tinjauan mestilah dilakukan pada faktor kesediaan guru-furu Kemahiran Hidup, kemudahan makmalnya, kelengkapan peralatan, cara pengurusan dan penyeliaan makmalnya. Selain daripada itu ianya dilihat dari aspek langkah-langkah keselamatan dimakmal. Faktor-faktor ini amat penting kerana kekurangan salah satu daripadanya akan menempangkan matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup tersebut. Setelah kajian dibuat, dapatan yang diperolehi amat membanggakan ke arahkeberkesananya walaupun terdapat kelemahan-kelemahan. Kelemahan-kelemahan yang timbul saya pasti dapat diatasi pada masa akan datang sekiranya semua pihak yang terlibat bersama-sama mengatasinya.