סיכום: | Kajian ini bertujuan untuk melihat pengetahuan dan tanggapan terhadap Pendidikan Vokasional di kalangan pelajar tingkatan tiga. Pengetahuan pendidikan vokasional penting dalam melahirkan generasi muda bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separa di dalam bidang perindustrian. Penguasaan konsep ini juga diharapkan dapat membantu pelajar dalam menentukan bidang pekerjaan/pembelajaran mereka seterusnya samada ingin ke sekolah vokasional dan teknik atau sekolah menengah biasa (aliran sains dan sastera). Seramai 90 orang pelajar telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 dari tiga buah sekolah menengah di daerah Seberang Prai Utara. Kajian yang dilakukan melalui kaedah soalselidik terhadap responden dan dianalisis menggunakan perisian komputer SPSSPC + berdasarkan peratusan min. Daripada analisis data, didapati bahawa sebahagian besar pelajar kurang menguasai konsep pendidikan vokasional secara keseluruhan dengan sempurna. Selain daripada itu, kajian ini juga cuba mengenaplasti masalah perkembangan pendidikan voksional, aspek pengajaran dan pengkhususan di sekolah menengah vokasional dan kerjaya lepasan sekolah menengah vokasional. Implikasi kajian terhadap pendidikan vokasional ini telah dibincangkan, batas kajian telah dinyatakan dan beberapa kajian lanjutan telah dicadangkan.
|