Summary: | Projek Khas ini adalah berkenaan Kajian Pengambilan Balik Tanah untuk Projek Jambatan Pulau Pinang. Pada akhir tahun 1969, dengan persetujuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Persekutuan telah bercadang untuk membina sebuah jambatan yang dapat menghubungkan Pulau Pinang dengan Seberang Perai. Lanjutan daripada cadangan tersebut, Kerajaan Negeri telah melaksanakan pengambilan balik tanah yang bermula dari tahun 1974 hingga 1982. Di dalam penulisan projek khas ini, penulis akan mengkaji, pertama, pelaksanaan olih Kerajaan Negeri untuk mengambil balik tanah secara praktikal. Pelaksanaan ini bukan sahaja akan menyentuh peruntukan Akta Pengambilan Balik Tanah, 1960 yang menjadi sebahagian daripada amalan Kerajaan Negeri tetapi juga, merangkumi perkara-perkara yang tidak di peruntukan dalam akta tersebut seperti persoalan setinggan, penyewa bulanan, penempatan semula, pembayaran saguhati dan penubohan badan khas bagi maksud pengambilan balik tanah. Kajian berkenaan pelaksanaan ini terdapat di dalam bab 3 hingga 5. Kedua, penulis akan membentangkan masaalah-masaalah yang di hadapi oleh pihak-pihak yang terlibat iaitu Kerajaan Negeri, orang-orang berkepentingan dan setinggan-setinggan. Di antara masalah-masalah yang timbul adalah seperti, isu penempatan semula setinggan-setinggan dan penyewa bulanan.
|