Subsidi simen untuk projek rumah murah /
Kekurangan bekalan rumah murah untuk golongan rakyat berpendapatan rendah merupakan satu masalah lama yang belum ada penyelesaiannya hingga ke hari ini. Di samping itu juga masih ramai di kalangan rakyat berpendapatan rendah di negara ini yang kurang mampu untuk membeli rumah murah yang dijalankan d...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Skudai : UTM,
1989
|
Subjects: |
Summary: | Kekurangan bekalan rumah murah untuk golongan rakyat berpendapatan rendah merupakan satu masalah lama yang belum ada penyelesaiannya hingga ke hari ini. Di samping itu juga masih ramai di kalangan rakyat berpendapatan rendah di negara ini yang kurang mampu untuk membeli rumah murah yang dijalankan dalam rancangan kerajaan. Kemelesetan ekonomi negara yang melanda sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah memberi kesan negetif terhadap kegiatan ekonomi secara keselurahannya. Salah satu kegiatan yang telah dikenalpasti boleh mengatasi kesan-kesan negetif kemelesetan ekonomi ialah pembangunan perumahan kos rendah. oleh itu, kerajaan merancangan untuk mempertingkatkan kegiatan perumahan kos rendah dalam satu program "khas" secara besar-besaran. Kemelesetan ekonomi juga turut menjejaskan industri simen negera, akibatnya berlakulah berlebihan stok simen dalam negara hasil dari berkurangnya projek--projek dalam industri binaan. Melalui rancangan skim subsidi simen untuk projek--projek rumah murah kerajaan berharap dapat mengatasi lebihan stok simen tadi di samping menambah bekalan rumah murah dan menurunkan harga rumah murah serendah yang mungkin. Walaubagaimanapun kejayaan satu ide yang pengharapan itu sentiasa bergantung kepada dua faktor utama iaitu kesesuaian perlaksanaannya dan rancangan yang teliti. Penyelesaian kepada suatu masalah tidak semestinya menyelesaikan masalah yang lain dan gabungan penyelesaian dua masalah pada satu masa tidak semestinya praktikal dilakeanakan. Keadaan inilah yang meletakkan skim subsidi simen ini dengan " kemunculannya tidaklah sehebat mana dan pengundurannya pula tidak berbunyi". |
---|