Implikasi undang-undang kecil perancangan bandar dan Wilayah (infrastruktur) ke atas projek perumahan kos rendah di Kuala Lumpur/
Perundyyangan dan syarat-syarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menentukan mutu dan piawaian infrastruktur yang harus dibina ini dikuatkuasakan oleh Akta Perancngan Bandar dan Wilayah 1982. Infrastruktur yang dibina di Kuala Lumpur harus mencapai mutu yang ditetapkan sebelum ianya diluluskan. Pe...
主要作者: | |
---|---|
格式: | |
主题: |
总结: | Perundyyangan dan syarat-syarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menentukan mutu dan piawaian infrastruktur yang harus dibina ini dikuatkuasakan oleh Akta Perancngan Bandar dan Wilayah 1982. Infrastruktur yang dibina di Kuala Lumpur harus mencapai mutu yang ditetapkan sebelum ianya diluluskan. Pemaju sesuatu skim perumahan adalah yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan inftastruktur di skim tersebut. Kos pembinaan dan pembangunan sesuatu skim perumahan itu setelah keuntungan pemaju diambil kira merupakan faktor yang menentukan harta jualan sesuatu rumah. Kajian ini menunjukkan kos infrastruktur merupakan sebahagian besar iaitu lebih kurang satu pertiga dari kos pembinaan keseluruhan skim perumahan kos rendah di kawasan Kuala Lumpur seperti skop kajian ini. Kos pembinaan yang tinggi ini menjadikan kos pembinaan rumah kos rendah lebih tinggi dari harga jualan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan. Kos pembinaan yang merugikan pemaju ini merupakan faktor yang menjadi sebab pemaju mengelakkan perumahan kos rendah. Harga jualan masa kini juga tidak cukup rendah hingga enam puluh peratus golongan berpendapatan rendah masih tidak boleh memiliki rumah kos rendah. Implikasi kos infrastruktur yang disebabkan oleh syarat-syarat ini merupakan sebahagian besar, dan secara tidak langsung menaikkan kos pembangunan lain seperti tanah yang menempatkan infrastruktur ini. Kajian ini menunjukkan kaitan antara kes infrastruktur dan syarat-syarat yang dikenakan. Seterusnya kaitan antara kos infrastruktur dan kos pembinaan keseluruhan kos infrastruktur dan harga jualan juga dikaji. Dari sini kaitan dengan masalah perumahan Kuala Lumpur juga diperlihatkan. Setelah mendapati bahawa implikasi syarat-syarat ini ke atas kos infrastruktur di skim perumahan kos rendah ini agak besar, beberapa cadangan dikemukakan sebagai meringankan beban pemaju masa kini dan seterusnya meringankan masalah perumahan kos rendah di Kuala Lumpur. |
---|