Perisik version 2.0 part 2 (perisikn)/

Perisian PERISIK Versi 1.0 yang mengandungi semua teknik menganalisa dan merekabentuk sistem kawalan linear masa berterusan secara klasik telah tersedia ada. Namun, ia tidak mencukupi aspek-aspek sistem kawalan diskret dan tak linear. Jadi projek ini bertujuan untuk melengkapkan perisian ini dengan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 229585 Khor, Siek Meng
Format:
Published: 1992
Subjects:
Description
Summary:Perisian PERISIK Versi 1.0 yang mengandungi semua teknik menganalisa dan merekabentuk sistem kawalan linear masa berterusan secara klasik telah tersedia ada. Namun, ia tidak mencukupi aspek-aspek sistem kawalan diskret dan tak linear. Jadi projek ini bertujuan untuk melengkapkan perisian ini dengan aspek-aspek sistem kawalan tak linear. Dengan ini, tesis ini adalah berkenaan dengan pembinaan satu perisian Rekabentuk Sistem Kawalan Terbantu Komputer (CACSD) yang dikenali sebagai PERISIK Versi 2.0. Bahagian 2 atau dengan ringkasnya PERISIK, yang boleh digunakan untuk menganalisa dan merekabentuk sistem kawalan tak linear dengan menggunakan kaedah analisa rangkap perihal. Pada asanya, perisian ini digunakan untuk menganalisa sistem-sistem kawalan suapbalik uniti tak linear satu masukan satu keluaran. Maklumat bagi unsur linear boleh dimasukkan ke PERISIKN dengan menggunakan rangkap pindah sama ada dalam bentuk polinomial atau bentuk kutub sifar. Manakala maklumat bagi unsur tak linear adalah dimasukkan ke PERISIKN dengan Jenis Ketaklinearan yang ditakrifkan oleh Goldfarb dan Sridhar, diikuti dengan parameter-parameter yang berkenaan. Keputusan PERISIKN adalah dipaparkan dengan menggunakan plot polar. Perisian ini dalah ditulis dalam bahasa C berstruktur dan dikodkan dengan Turbo C++.