Kajian semula pelan induk sistem perparitan di kawasan Johor Bahru : (kajian kes - Sungai Air Molek) /

Pembangunan yang pesat khususnya di kawasan Johor Bahru telah mengubah sebahagian besar penggunaan tanah. Jika dahulu ekonomi negeri Johor tertumpu kepada sektor pertanian tetapi sekarang telah beralih kepada sektor perindustrian. Pembangunan dijangka lebih hebat di masa akan datang ekoran dari dasa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 229625 Mariam Dollah
Format:
Published: Sekudai : UTM., 1993
Subjects:
Description
Summary:Pembangunan yang pesat khususnya di kawasan Johor Bahru telah mengubah sebahagian besar penggunaan tanah. Jika dahulu ekonomi negeri Johor tertumpu kepada sektor pertanian tetapi sekarang telah beralih kepada sektor perindustrian. Pembangunan dijangka lebih hebat di masa akan datang ekoran dari dasar kerajaan untuk mencapai wawasan 2020. Perubahan penggunaan tanah yang tidak dijangkakan ini telah memberi kesan kepada air larian permukaan. Dengan ini pelan Induk Perparitan Johor Bahru yang dibuat pada tahun 1982 perlulah di kaji semula. Kajian ini dilakukan bagi memastikan rekabentuk yang dicadangkan adalah masih sesuai digunakan atau tidak. Untuk ini satu kes kajian dilakukan di sepanjang Sungai Air Molek yang mana sering terjadi banjir kilat bila hujan turun dengan lebatnya. Jika kajian ini menunjukkan keupayaan saliran yang dicadangkan sudah tidak sesuai lagi, maka pelan induk perparitan perlu diubahsuai bagi menyediakan sistem saliran yang cekap dan berkesan di masa hadapan. Adlah diharapkan masalah banjir kilat dapat diatasi.