Summary: | DR. YUSUF AL QARDAWI: Kerana tulisannya yang banyak dan ilmiah dalam berbagai-bagai persoalan semasa, Dr. al-Qardawi menjadi amat terkenal di kalangan Culama dan masyarakat Islam seluruh dunia sehingga tulisan-tulisannya sudah banyak yang diterjemah ke banyak bahasa, termasuk Melayu. Dalam tulisan-tulisannyamembayangkan dengan jelas akan ketajaman fikiran dan ketegasan sikapnya. Dr. al-Qardawi dilahirkan, dibesarkan dan dididik di Mesir. Pendidikan yang diterimanya dari peringkat rendah sampai ke universiti ialah pendidikan al-Azhar. Risalah Ph. D.nya FIQH AL-ZAKAH telah menjadi bahan renungan intelektual Islam dan tersebar begitu luas. Selain dari magalah-maqalah, beliau telah menghasilkan banyak buku, membahaskan masalah-masalah dakwah Islamiah, ekonomi, kemiskinan, syariat masyarakat dan lain-lain lagi.
|