Interaksi udara-daratan ciri-ciri akuifer cetek di Kota Bahru /

Interaksi antara udara-daratan adalah mempengaruhi kuantiti airbumi di kawasan yang tidak tepu yang berbeza sifat-sifat akuifer ceteknya. Oleh itu suatu kajian terhadap perhubungan pengaruh ini yang melibatkan kesan resapan pugak curahan lebat hujan keatas dua jenis akuifer cetek yang berbeza iaitu...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 248542 Abd. Rahman Mokhtar
Format:
Published: Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1989
Subjects:
Description
Summary:Interaksi antara udara-daratan adalah mempengaruhi kuantiti airbumi di kawasan yang tidak tepu yang berbeza sifat-sifat akuifer ceteknya. Oleh itu suatu kajian terhadap perhubungan pengaruh ini yang melibatkan kesan resapan pugak curahan lebat hujan keatas dua jenis akuifer cetek yang berbeza iaitu akuifer terkurung dan akuifer tak terkurung dijelaskan bagi menentukan kelakunan dan jumlah anggaran aras air bumi. Untuk tujuan tersebut, kajian kes ditumpukan kepada dua stesyen telaga cerapan iaitu di Kg Huda dan kg Panji di Kota Bharu. Sifat akuifer bagi dua telaga gali ini adalah berbeza dari segi lapisan dan jenis tanah. Kaedah analisis yang digiunakan dalam kajian ini adalah analisis hidrograf lebat hujan, aras air, sejatan dan analisis Regreasi Berganda. Analisis yang dilakukan melibatkan analisis data-data rekod lebat hujan, aras air dan sejatan yang direkodkan secara berterusan bagi tempoh dua tahun dari tahun 1987-1988. Kesimpulannya interaksi udara-daratan terutama sekali akibat resapan pugak curahan lebat hujan ke atas akuifer cetek yang berbeza sifat-sifatnya adalah berbeza dari segi jangkamasa resapan airake dalam bumi, jumlah kehilangan airbumi ke udara. Resapan pugak merupakan sumber utama imbuhan airbumi bagi akuifer cetek.