Pengesanan keretakan lengan silang kayu pada talian penghantaran atas /

Kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk mencari kaedah mengesan keretakan pada lengan silang kayu di menara talian penghantaran. Penulisan menggunakan konsep arus bocor dan arus harmonik ketiga sebagai pilihan kerana ianya agak mudah dan kajian boleh dijalankan di Makmal Voltan Tinggi. dalam k...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 244963 Saffaee Osman
Format:
Published: 1992
Subjects:
Description
Summary:Kajian yang telah dijalankan ini adalah untuk mencari kaedah mengesan keretakan pada lengan silang kayu di menara talian penghantaran. Penulisan menggunakan konsep arus bocor dan arus harmonik ketiga sebagai pilihan kerana ianya agak mudah dan kajian boleh dijalankan di Makmal Voltan Tinggi. dalam kajian yang telah dijalankan ini keadaan dan ciri-ciri kayu seperti kandungan kelembapan kayu, kayu yang dikenakan voltan dedenyut dan saiz keretakan kayu yang sengaja diretakkan diambil perhatian. Daripada keputusan yang dijalankan, didapati terdapat perbezaan nilai arus bocor dan arus harmonik ketiga yang melalui kayu berkeadaan baik (tidak retak), kayu yang mempunyai saiz keretakan yang berbeza dan kayu yang telah dikenakan voltan dedenyut apabila dikenakan voltan masukan. Nilai arus bocor dan arus harmonik ketiga meningkat dengan begitu ketara apabila keadaan kayu yang diuji mempunyai kelembapan yang tinggi dan nilai retak yang banyak. Keputusan yang didapati dapat menunjukkan kaedah ini dapat meramal dan mengesan keretakan pada lengan silang kayu pada talian penghantaran.