Kajian pembangunan harta tanah wakaf di negeri Johor /
Penulisan berhubung dengan institusi wakaf di Malaysia masih belum banyak dilakukan. Justeru itu dalam kajian ini penulis cuba untuk menunjukkan institusi wakaf memainkan peranan yang amat penting bukan sahaja sebagai ibadat bahkan juga sebagai satu institusi ekonomi (kewangan) yang sangat dinamik....
Hlavní autor: | |
---|---|
Médium: | |
Vydáno: |
Sekudai : UTM,
1988
|
Témata: |
Shrnutí: | Penulisan berhubung dengan institusi wakaf di Malaysia masih belum banyak dilakukan. Justeru itu dalam kajian ini penulis cuba untuk menunjukkan institusi wakaf memainkan peranan yang amat penting bukan sahaja sebagai ibadat bahkan juga sebagai satu institusi ekonomi (kewangan) yang sangat dinamik. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengemukakan beberapa masalah yang menghalang pembangunan harta tanah wakaf di Malaysia amnya dan di negeri Johor khususnya dan beberapa cadangan penyelesaiannya untuk mengembalikan institusi wakaf ke tarafnya yang sebenar. Antara perkara-perkara yang disentuh dalam kajian ini termasuklah konsep wakaf dan konsep pembangunan itu sendiri yang dilihat daripada beberapa sudut. Kedua-dua perkara ini seharusnya ada kesinambungan antara satu sama lain demi untuk menjamin pembangunan yang mampu memenuhi aspek mental dan fizikal. Iaitu pembangunan yang didasarkan kepada syariat Islam. Masalah-masalah yang menghalang pembangunan harta tanah wakaf ditinjau daripada aspek penting umpamanya masalah pentadbiran, perundangan, ekonomi dan lain-lain. Justeru itu cadangan-cadangan penyelesaian yang diberikan adalah meliputi aspek-aspek yang disebutkan di atas. Dia akhirnya penulis membuat satu kesimpulan secara menyeluruh bagi kajian ini dan beberapa tindakan yang patut diambil bagi membolehkan institusi Islam ini dipraktikkan dengan sewajarnya. |
---|