Kajian pasaran ruang pejabat di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru : tumpuan kepada permintaan dan penawaran /

Hartanah adalah satu bentuk pelaburan jangkapanjang yang biasanya menguntungkan. Hartanah boleh diklasifikasikan mengikut kegunaan kepada beberapa jenis iaitu gunaan kediaman, perdagangan, industri dan pertanian. Untuk tujuan penulisan projek khas ini, saya telah memilih ruang pejabat di kawasan Maj...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 171067 Mohd. Noh Ibrahim
Format:
Published: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1987
Subjects:
Description
Summary:Hartanah adalah satu bentuk pelaburan jangkapanjang yang biasanya menguntungkan. Hartanah boleh diklasifikasikan mengikut kegunaan kepada beberapa jenis iaitu gunaan kediaman, perdagangan, industri dan pertanian. Untuk tujuan penulisan projek khas ini, saya telah memilih ruang pejabat di kawasan Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB) sebagai kawasan kajian. Ini adalah memandangkan negara kita dewasa ini sedang mengalami keadaan kemelesetan ekonomi. Beberapa faktor terutamanya kemelesetan ekonomi telah menunjukkan lebihan penawaran ruang pejabat jika di bandingkan dengan permintaan yang akhirnya berlaku kekosongan. Masalah kekosongan ruang pejabat ini juga secara tidak langsung menggambarkan maju atau mundurnya sesuatu aktiviti ekonomi di sesebuah negara. Maka melalui kajian ini, pasaran ruang pejabat dan masalah kekosongannya dapat dilihat dari tahun 1982 - 1985. Meneliti dari situasi tersebut, kajian ini bertujuan untuk memaparkan sejauh mana keadaan pasaran ruang pejabat, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhinya, mengkaji kekosongan yang wujud dan sebab [-sebab berlakunya kekosongan khasnya di kawasan MPJB. Bagi memenuhi objektif ini, tumpuan adalah diberi kepada keempat-empat aspek penting tadi. Akhir sekali unjuran dibuat untuk mengetahui keadaan pasarannya di masa yang akan datang iaitu bagi tempoh tahun 1986 - 1989. Hasil dari tinjauan yang menyeluruh terhadap keadaan pasaran dan unjuran yang dibuat, beberapa cadangan yang difikirkan bermanfaat akan diberi agar kelembapan pasaran ruang pejabat di kawasan MPJB dapat dikurangkan.