总结: | Kajian ini ialah mengenai insuran kebakaran yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insuran dan Syarikat Takaful. Ia bertujuan untuk menentukan yang mana satu sistem insuran kebakaran yang lebih baik untuk disertai oleh seseorang yang ingin mengambil perlindungan insuran kebakaran. Sebelum itu juga penulis menerangkan secara ringkas mengenai insuran kebakaran dari segi takrif, prinsip, tujuan dan keperluan insuran ini kepada tuanpunya bangunan. Seterusnya dalam bab 3, penulis mengkaji dengan lebih teliti tentang perlaksanaan insuran kebakaran melalui syarikat insuran sedia ada. Manakala bab seterusnya kajian teliti atas Syarikat Takaful pula dibuat. Apa yang dikaji termasuklah bagaimana kedua-dua sistem ini menjalankan penilaian untuk insuran, penentuan dan pembayaran premium dibuat, pelaburan wang diterima, tuntutan gantirugi dan pembayarannya, keadaan-keadaan dimana polisi tamat dan pembaharuan semula serta mengapa dan bagaimana insuran semula dibuat. Bab seterusnya pula penulis akan mengenalpasti apakah perbezaan yang terdapat dan sejauhmana sistem sedia ada bercanggah dengan hukum syarak. Oleh itu sistem insuran kebakaran melalui Syarikat Takaful lebih sesuai diambil.
|