Cadangan pusat seliaan lanjutan di Jalan Nipah, Wilayah Persekutuan Malaysia/

Laporan tesis ini merupakan syarat sampingan kepada penghantaran tesis rekabentuk yang dikemukakan. Tujuan utama laporan ini adalah untuk menerangkan kepada pembaca mengenai perkara-perkara yang tidak dapat ditunjukkan di dalam lukisan seperti kajian latarbelakang serta pertimbangan-pertimbangan ya...

Description complète

Détails bibliographiques
Auteur principal: 445025 Noor Izan Mohd. Ismail
Format:
Sujets:
Description
Résumé:Laporan tesis ini merupakan syarat sampingan kepada penghantaran tesis rekabentuk yang dikemukakan. Tujuan utama laporan ini adalah untuk menerangkan kepada pembaca mengenai perkara-perkara yang tidak dapat ditunjukkan di dalam lukisan seperti kajian latarbelakang serta pertimbangan-pertimbangan yang dibuat sehingga tercapainya hasil terakhir. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut bab-bab. Ia juga mengandungi Appendix di akhirnya untuk menyertakan tambahan-tambahan yang dirasakan tidak sesuai untuk dibabkan. Bahaagian permulaan laporan mengemukakan data-data yang membangkitkan isu permasalahan dadah. Data-data serta isu yang timbul merupakan justifikasi mengenai perlunya projek ini dibina. Pusat Cadangan merupakan sesuatu yang unggul dan belum pernah dibina di Malaysia. Kajian latarbelakang dijalankan ke atas gunawan untuk menentukan status kedudukan projek cadangan didalam struktur perkhidmatan pemulihan yang ditawarkan. Kajian kes dijalankan di pusat-pusat pemulihan sedia ada sebagai asas penyelesaian rasional dalam menentukan pendekatan pemulihan bagi Pusat Cadangan. Faktor kegagalan pihak Pemadam dalam menganjurkan projek Jagaan Lanjutan juga dibincangkan sebagai asas justifikasi tapak bagi Pusat Cadangan. Bab seterusnya melibatkan kajian terhadap identifikasi masalah pengguna dalam menentukan pendekatan pemulihan bagi Projek Cadangan. Justifikasi pemulihan seterusnya dikemukakan dalam bentuk fizikal peruangan, perancangan dan rekabentuk serta strategi perlaksanaan binaan bangunan. Tinjauan masa depan membincangkan tentang kemungkinan pembangunan pusat-pusat yang lain dengan berkembanganya strategi pendekatan pemulihan yang sama.