Penilaian dengan kaedah perbandingan /

Kaedah Perbandingan merupakan teknik penilaian yang digunakan dengan meluas di Malaysia. Ia juga mendapat pengesahan di mahkamah. Nilai pasaran hartanah adalah diperolehi dengan membuat perbandingan kepada harga pasaran hartanah lain yang sama jenis dipersekitaran hartanah yang baru dipindahmilik. S...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 453892 Tay, Ing Sian
Format:
Published: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1987
Description
Summary:Kaedah Perbandingan merupakan teknik penilaian yang digunakan dengan meluas di Malaysia. Ia juga mendapat pengesahan di mahkamah. Nilai pasaran hartanah adalah diperolehi dengan membuat perbandingan kepada harga pasaran hartanah lain yang sama jenis dipersekitaran hartanah yang baru dipindahmilik. Secara amnya, penilaian dengan kaedah perbandingan akan terlibat dengan langkah-langkah utama yang berikut : a. Analisa ciri-ciri hartanah yang hendak dinilai. b. Mengumpul bukti-bukti jualan c. Analisa bukti jualan dan memilihperbandingan yang bersesuaian. d. Menentukan sifat-sifat yang sama dan berbeza diantara hartanah yang hendak dinilai dengan hartanah perbandingan. Kemudian membuat penyelarasan ke atas perbezaan yang wujud. e. Menentukan nilai pasaran bagi mengambilkira faktor-faktor mempengaruhi nilai. Penilaian ke atas sebuah hartanah pertanian jenis kebun kecil getah ditunjukkan untuk memberikan satu gambaran yang lebih jelas tentang proses penilaian dengan kaedah perbandingan. Masalah utama yang dapat dikenalpasti semasa penggunaan kaedah perbandingan adalah masalah memperolehi data bukti jualan, pemilihan perbandingan, kesahihan (reliability) bukti jualan, tiada perbandingan yang sesuai, penentuan nilai pasaran dan membuat penyelarasan. Dari segi teori kaedah perbandingan adalah mudah tetapi penggunaannya memerlukan kefahaman prinsip dan batasannya dengan baik. Analisa Regressi Berganda (Multiple Regression Analysis) merupakan satu pendekatan yang lebih saintifik untuk mengatasi kelemahan kaedah perbandingan dalam membuat penyelarasan. Walau bagaimanapun nilai pasaran tidak boleh ditentukan dengan hanya pengiraan secara matematik sahaja. Seorang penilai menganggarkan nilai pasaran yang berpatutan dengan kaedah perbandingan.