Sistem jadual waktu berkomputer UTM /

Sistem yang direkabentuk ini adalah sepenuhnya dikendalikan oleh komputer didalam menetapkan hari, masa, dan bilik kuliah bagi sesuatu matapelajaran. Walau bagaimanapun kelas untuk makmal adalah terkecuali dari sistem ini kerana penetapan masa, hari dan bilik kuliah adalah ditentukan oleh fakulti s...

Полное описание

Библиографические подробности
Главные авторы: 437541 Mohd. Sairi Yusoff, Jamaludin Ibrahim, supervisor
Формат:
Язык:may
Опубликовано: 1987
Предметы:
Описание
Итог:Sistem yang direkabentuk ini adalah sepenuhnya dikendalikan oleh komputer didalam menetapkan hari, masa, dan bilik kuliah bagi sesuatu matapelajaran. Walau bagaimanapun kelas untuk makmal adalah terkecuali dari sistem ini kerana penetapan masa, hari dan bilik kuliah adalah ditentukan oleh fakulti secara manual. Didalam sistem ini pembinaan jadual waktu kuliah akan dibuat secara berasingan bagi beberapa jenis kuliah yang berbeza mengikut keutamaan (priority) seperti berikut: (1) Kelas untuk makmal - hari, masa dan bilik ditentukan oleh fakulti secara manual dan sistem ini hanya membuat proses kemaskini sahaja; (2) Kelas untuk Bahasa Inggeris - Kuliah Bahasa Inggeris perlu dijalankan serentak pada hari dan masa yang sama untuk semua kumpulan pelajar didalam kategori yang sama (fakulti, kursus dan tahun yang sama); (3) Kelas untuk kuliah yang diadakan serentak - Didalam setengah-setengah keadaan kuliah perlu diadakan serentak untuk beberapa kursus yang berlainan; (4) Kelas untuk kuliah dan tutorial biasa yang tidak mempunyai keutamaan yang tinggi. Sistem yang direkabentuk ini boleh mengeluarkan jadual waktu untuk kegunaan beberapa pihak berkenaan seperti berikut: (1) Pelajar - jadual boleh dikeluarkan mengikut kumpulan pelajar; (2) Fakulti - jadual dikeluarkan mengikut fakulti, kursus, hari dan masa kuliah; (3) Pensyarah - jadual dikeluarkan untuk tiap-tiap pensyarah; (4) Bilik kuliah - jadual dikeluarkan untuk tiap-tiap bilik atau Dewan Kuliah. Sistem ini akan cuba memenuhi keperluan-keperluan semua pihak iaitu pelajar, fakulti dan pensyarah. Terdapat dua cara pelaksanaan sistem ini iaitu prosesan dibuat secara rawak dan prosesan secara turutan. Analisa akan dibuat keatas hasil yang diperolehi terutama dari segi pengoptimaan penggunaan bilik kuliah.