Ke arah kefahaman pembentukan kriteria-kriteria regionalisme (dengan merujuk kepada konteks di Malaysia)

Pencapaian yang diperolehi oleh alambina di Malaysia selepas kemerdekaan tidak memenuhi hasrat masyarakat. Prose evolusi dan perkembangan Senibina Tradisional adalah begitu menarik dan berjaya mencerminkan satu alambina yang berupa ketempatan dengan mengambilkira konteks masyarakat yang berbilang k...

全面介绍

书目详细资料
主要作者: 396653 Vijayalaxmi Nadarajan
格式:
出版: 1989
主题:
实物特征
总结:Pencapaian yang diperolehi oleh alambina di Malaysia selepas kemerdekaan tidak memenuhi hasrat masyarakat. Prose evolusi dan perkembangan Senibina Tradisional adalah begitu menarik dan berjaya mencerminkan satu alambina yang berupa ketempatan dengan mengambilkira konteks masyarakat yang berbilang kaum, agama dan kebudayaannn. Tetapi ianya berakhir di situ dan kini dunia alambina adalah dalam kekeliruan, percanggahan dan keburukan disebabkan tidak mempunyai satu bahasa senibina yang berpengaruh. Sebab utama mengapa ini berlaku adalah kerana idea-idea Modenisme ang tidak berjaya. Matlamat kajian ini adalah untuk mengemukakan cadangan-cadangan ke arah kefahaman kriteria-kriteria Regionalisme yang merupakan bahasa senibina yang dapat meliputi prinsip-prinsip asas senibina; faktor-faktor tempatan dan serantauan dan sebagainya yang akan mempengaruhi perkembangan senibina tempatan kelak dan kebudayaan masyarakat. Kajian ini meninjau pendekatan senibina abad ke 20an secara menyeluruh untuk mengenalpasti prinsip-prinsip senibina dan sebab-sebab mengapa arah tujuan bahasa senibina tidak didasarkan kepada prinsip-prinsip tersebut yakni, seperti mengapa bahasa senibina Vernakularisme tidak dapat dijadikan senibina asas tempatan; ciri-ciri yang membawa kepada kegagalan Pergerakan Moden dan sebagainya. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, faktor agama dan sebagainya yang berbagai-bagai dan bersilang. Oleh itu senibina yang wujud meliputi siat-sifat keserantauan dan bukan hanya kepada sifat-sifat tempatan. Oleh itu, definasi dan cadangan-cadangan ke arah kefahaman kriteria-kriteria Regionalisme dikemukakan dengan merujuk kepada konteks di Malaysia secara menyeluruh adalah sebagai garis panduan kepada rekabentuk-rekabentuk yang dapat meliputi prinsip-prinsip asas senibina dan kebudayaan masyarakat.