Perubahan dan arah pembangunan gunatanah akibat daripada pembinaan lebuhraya pintas di Machang, Kelantan

Pertimbangan terhadap kesan pembinaan lebuhraya pintas menjadi semakin penting dengn wujudnya beberapa lebuhraya pintas yang melalui pinggir bandar. kesannya boleh dilihat dari pelbagai sudut seperti dari sudut ekonomi, sosial, fizikal, alam sekitar dan sebagainya. Salah satu daripada kesan tersebut...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 396672 Wee, Hock Eian
Format:
Published: 1990
Subjects:
Description
Summary:Pertimbangan terhadap kesan pembinaan lebuhraya pintas menjadi semakin penting dengn wujudnya beberapa lebuhraya pintas yang melalui pinggir bandar. kesannya boleh dilihat dari pelbagai sudut seperti dari sudut ekonomi, sosial, fizikal, alam sekitar dan sebagainya. Salah satu daripada kesan tersebut boleh dilihat dari aspek perkembangan aktiviti-aktiviti tertentu, perubahan gunatanah dan arah pembangunan gunatanah. dengan itu,kajian ini cuba untuk melihat bagaimana pembinaan lebuhraya pintas telah dan akan mempengari=uhi perkembangan gunatanah dan arah perkembangan gunatanah di bandar Machang kelantan. Parameter pengukuran yang digiunakan termasuklah kadar pertumbuhan bilangan aktiviti, perubahan jualan kasar, perubahan luas gunatanah dan perkembangan ruang lantai perniagaan. Analisis sebelum dan selepas pembinaan lebuhraya menunjukkan bahawa pengwujudkan lebuhraya memberi beberapa kesan terhadap aspek-aspek di atas dan ianya berbeza mengikut jenis aktiviti dan gunatanah. Aktiviti yang nyata menenrima kesan dari pembinaan lebuhraya pintas ini adalah aktiviti yang berkaitan secara langsung dengan lalulintas iaitu aktiviti gerai, kedai makan, stesen minyak dan bengkelpbengkel kenderaan. Sementara itu, perubahan gunatanah dapat dikesan khasnya dari gunatanah yang kurang produktif (tanah kosong & pertanian) kepada gunatanah yagn lebih produktif (perniagaaan perindustrian dan perumahan). Tumpuan pembangunan juga berlaku di sepanjang jalan penghujung utama ke lebuhraya pintas dan juga di sepanjang lebuhraya pintas. Sebernarnya, kesan-kesan ini dapat ditinjau dari pelbagai sudut dan dalam konteks kajian ini, ianya dilihat dari sudut positif dan engatif serta mengikut jangkamasa kesan tersebut berlaku (kesan jangka pendek, perantara dan jangka panjang). ramalan terhadap kemungkinan kesan pada jangka panjang dirujuk kepada pengalaman dan kajian yang lepas terutamanya kepada lebuhraya pintas yang mempunyai citi-ciri yang hampir sama. Bagi kawasan kajian, kesan-kesan pembinaan lebuhraya Jeli-Pasir Putih menjadi rujukan utama (di samping kjian-kajian lain) untuk meramal kemungkinan kesan pembinaan lebuhraya Kota Bahru-Kuala Krai. Cadangan-cadangan yang disarankan bertujuan untuk memandu pihak berkuasa tempatan (dan jururancangnya) dalam tindakan perancangan mereka (cadangan khusus); dan tindakan am yang harus diambil oleh jururancang bilamana terdapat mana-mana kesan pembinaan lebuhraya pintas (Cadangan Am).