Temperature control system/

perkembangan elektronik digital telah dapat menbolehkan suhu cecair sesuatu proses industri dapat dikawal dengan mengawal BUKA/TUTUP pemanas. Bekalan voltan ke beban iaitu pemanas dibolehubahkan dengan mengubah nilai sudut tembak secara digital. Dengan ini, suhu dapat dikawal dengan lebih tepat dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 280948 Prabakar Sathukutty
Format:
Published: 1992
Subjects:
Description
Summary:perkembangan elektronik digital telah dapat menbolehkan suhu cecair sesuatu proses industri dapat dikawal dengan mengawal BUKA/TUTUP pemanas. Bekalan voltan ke beban iaitu pemanas dibolehubahkan dengan mengubah nilai sudut tembak secara digital. Dengan ini, suhu dapat dikawal dengan lebih tepat dan jitu. Projek ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian digital dan bahagian kuasa. Bahagian kawalan digital memastikan sudut picu bagi triac. Bahagian kuasa pula terdiri daripada triac bersiri dengan beban dan bekalan kuasa 240 .a.u. Optoisolator digunakan sebagai perantaraan bagi kedua-dua bahagian ini. Litar kawalan digital terdiri daripada zero crossing detector', flip-flop, timer, pembilang, latch dan pembanding digital. Zero crossing detector akan menghasilkan denyut positif apabila voltan riak daripada 'Bridge rectifier' melintas nilai sifar. Denyut tinggi ini akan reset flip-flop dan seterusnya timer akan berfungsi. Timer disetkan untuk menghasilkan 256 denyut jam bagi setengah kitar. Pembilang akan membilang denyutan jam sebaik sahaja selepas melintas sifar. Keluaran pembilang akan bertambah sehingga nilai pembilang sama dengan nilai data daripada latch. Pembanding digital akan menghasilkan satu denyut tinggi apabila kedua-dua nilai daripada pembilang dan latch adalah sama, dan seterusnya menghantar satu denyut picu kepada triac. Pemanasakan berada dalam keadaan ON bagi setengah kitar yang selebihnya.