Kajian keselesaan haba bagi manusia dalam dalam banglo kolonial tentera British dengan kedudukan tapak yang berbeza dalam konteks iklim panas lembab tropika Malaysia /

Dalam merekabentuk sesebuah bangunan antara faktor paling penting adalah untuk memberikan keselesaan haba bagi penghuninya. Untuk memberikan keselesaan hubungan antara rekabentuk dan lingkungan perlu diambilkira. Banyak bangunan-bangunan lama dan tradisi mempunyai rekaan yang baik dari aspek penyeju...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 309299 Thirilogachandran Shanmugasundaram
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1987
Subjects:
Description
Summary:Dalam merekabentuk sesebuah bangunan antara faktor paling penting adalah untuk memberikan keselesaan haba bagi penghuninya. Untuk memberikan keselesaan hubungan antara rekabentuk dan lingkungan perlu diambilkira. Banyak bangunan-bangunan lama dan tradisi mempunyai rekaan yang baik dari aspek penyejukan pasif dan dengan itu dapat menyediakan tingkat keselesaan yang tinggi bagi penghuninya. Dalam rekaan bangunan moden di negara kita, faktor ini kurang diambilkira. Dalam konteks iklim tropika Malaysia, masalah utama dari segi iklim adalah suhu dan kelembaoan yang tinggi. Iklim tapak yang berbeza ke atas keselesaan haba bagi bangunan yang sama. Kajian ini adalah untuk mengkaji kesan ilim tapak yang berbeza ke atas bangunan yang sama dalam konteks iklim panas lembab tropika Malaysia. Untuk kajian, banglo kolonial Tentera British dipilih di mana ia mempunyai rekaan yang baik dari aspek penyejukan pasif dan bangunan yang sama didapati di beberapa tempat disekitar Semenanjung Malaysia. Pada awalnya, kajian dilakukan keatas keselesaan haba secara amnya, perkaitan manusia dan persekitarannya dalam mencapai keselesaan dan faktor-faktor yang mempengaruhi keselesaan haba manusia. Pada peringkat kedua, kajian dilakukan ke atas bangunan ini secara amnya dan didapati ia mempunyai rekaan yang baik dari aspek penyejukan pasif. Pada peringkat ketiga, kajian dilakukan untuk menentukan tingkat keselesaan haba dengan menilai iklim dalaman bangunan menggunakan peralatan makmal dan indeks-indeks keselesaan yang sediada. Di samping itu analisa yang berkaitan dengan keselesaan haba bagi bangunan ini dibuat. Pada peringkat seterusnya, kajian selanjutnya telah dilakukan untuk mengkaji faktor-faktor rekaan dan perancangan bangunan ini di ketiga-tiga tapak yang membawa kepada terbentuknya tingkat keselesaan yang tinggi dalam bangunan ini. Akhirnya, dalam rumusan didapati bangunan ini dapat memberikan tingkat keselesaan yang tinggi melalui penyejukan pasif, walaupun dengan iklim tapaknya yang berbeza dalam konteks iklim panas lembab tropika Malaysia.