Merekabentuk penguatkuasa odio pada frekuensi 80 MHz sehingga 100 MHz dengan jalursisi sebanyak 100 KHz/
Kebanyakkan isyarat-isyarat yang dikeluarkan daripada bahagian alat pemodulat adalah terdiri daripada isyarat yang berkuasa rendah. Di mana isyarat-isyarat ini tidak boleh dihantar untuk jarak yang jauh. Oleh itu satu alat penguat kuasa diperkembangkan bagi mengatasi masalah penghantaran isyarat rad...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
1992
|
Subjects: |
Summary: | Kebanyakkan isyarat-isyarat yang dikeluarkan daripada bahagian alat pemodulat adalah terdiri daripada isyarat yang berkuasa rendah. Di mana isyarat-isyarat ini tidak boleh dihantar untuk jarak yang jauh. Oleh itu satu alat penguat kuasa diperkembangkan bagi mengatasi masalah penghantaran isyarat radio tersebut. Projek ini adalah untuk merekabentuk satu penguat kuasa odio yang boleh beroperasi pada frekuensi tertentu di dalam julat 80 hingga 100 MHz dengan jalursisi sebanyak 100 kHz. Sebelum proses merekbentuk dilaksanakan, beberapa pendekatan perlu dikaji iaitu teori pemindahan kuasa dan padanan galangan. Selain daripada itu spesifikasi transistor kuasa yang digunakan juga perlu diketahui terlebih dahulu. Perlaksanaan projek ini telah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama adalah kerja-kerja mencari dan mengumpul bahan-bahan yang diperlukan, peringkat kedua pula melibatkan proses merekabentuk litar penguat seterusnya membina litar tersebut di atas litar papan tercetak. Manakala peringkat ketiga adalah peringkat ujian dan mengenalpasti masalah-masalah yang wujud terhadap perkakasan yang dibina. |
---|