Summary: | Projek ini berkaitan dengan rekabentuk pengesan butiran bebas untuk radas GIS. Kehaddiran butiran ini dalam GIS menjejaskan kekuatan penebatan seperti Sulphur Hexafluoride, SF6 sehingga penebatannya merosot kepada 10% nilai dalam gas yang bersih. Oleh sebab itu, adalah mustahak pencemaran butiran bebas dikesan pada peringkat awal. Walupun banyak usaha untuk mengesan telah dijalarkan, kaedah yang digunakan dalam projek ini ialah yang melibatkan kos minima. Untuk mencapai matlamat ini, adalah perlu spesifikasi reka-beentuk pengesan ditentukan. Data untuk spesifikasi ini boleh ddiperolehi melalui kajian di makmal dan kajian di tapak. Keputusan yang diperolehi oleh pengesan dari penerima biasa (ordinary receiver) dengan julat frekuensi 2.3 MHz kepada 22 MHz adalah baik. Ini terbukti apabila nyahcas corona dari elektrodd jarum bergaris pusat 2mm, penyelakuan yang hampir dengan pencemaran butiran bebas boleh ddikesan dengan jelas dan keputusannya menggalakan. dari segi prinsipnya, pengesan ddari penerima biasa yang berada di pasaran dengan kos minima adalah pengesan RF yang baik untuk radas GIS. Dengan modifikasi ddan kelengkapan yang sesuai, pengesan ini boleh memenuhi keperluan operasi.
|