Instrumentation for analyzing fluid through colour characteristics /

Ciri bendalir dalam logi proses industri adakalanya ditentukan oleh parameter seperti keamatan, kepekatan dan penyerapan. Projek ini bagaimanapun bertujuan untuk merekabentuk satu alat bagi menganalisa sesuatu bendalir melalui ciri-ciri warnanya. Alat yang direkabentuk ini dilengkapi dengan Penapis-...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 289248 Shahhiran Uthman @ Osman Bashah
Format:
Published: 1992
Subjects:
Description
Summary:Ciri bendalir dalam logi proses industri adakalanya ditentukan oleh parameter seperti keamatan, kepekatan dan penyerapan. Projek ini bagaimanapun bertujuan untuk merekabentuk satu alat bagi menganalisa sesuatu bendalir melalui ciri-ciri warnanya. Alat yang direkabentuk ini dilengkapi dengan Penapis-penapis Optik. Transduser Optoelektronik, Litar antaramuka IBM PC dan sebuah IBM PC. Penapis-penapis optik digunakan untuk memisahkan warna bendalir kepadda warna-warna primer. Transduser Optoelektronik digunakan untuk menukarkan tenaga cahaya kepada bentuk isyarat elektrik. Foto diod digunakan sebagai pengesan cahaya. Litar antaramuka IBM PC digunakan untuk menghubungkan antara "Optoelectronic Transducer" dan IBM PC. Perisian direka dan diaturcara Khas untuk memberikan sokongan sistem kepada konfigurasi sistem IBM PC. Pengukuran ciri warna bendalir yang dikaji akhirnya dipaparkan secara grafik diatas skrin IBM PC.