Summary: | Bidang akustik bangunan adalah bidang yang meluas dan bukan hanya terhad untuk rekabentuk akustik dewan syarahan sahaja, tapi sekopnya juga meluas ddi dalam mengawal dan mengurangkan bisingan dalam semua jenis bangunan. Oleh itu, dalam akustik bangunan berbilik, bersangkutpaut dengan penyerakkan bunyi, penghasilan semula bunyi, kejelasan suara, pengubahsuaian masa gemaan dan lain-lain. dengan kata lain, akustik bangunan keseluruhannya bersangkutan dengan penebatan bunyi antara bilik, pemindahan pinggiran, pengurangan bisingan dan lain-lain lagi. Oleh itu, tujuan utama projek ini adalah untuk membuat penilaian dari segi kebolehterimaan sesebuah makmal akustik yang tersedia ada di UTM bagi kegunaan pelajar-pelajar akustik dan untuk tujuan penyelidikan bagi bidang-bidang yang berkaitan. Penilaian yang dibuat perlulah menurut kriteria-kriteria yang diisyaratkan oleh pertubuhan piawaian antarabangsa (ISO) atau badan-badan yang setaraf dengannya. Di samping itu, penilaian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti spesifik-spesifik yang sesuai untu bahan-bahan bagi membuat penyelidikan dalam mengasaskan data-data akustik atau taraf kualiti mengikut piawai-piawai tertentu. Ia juga bertujuanmengenalpasti kualiti bahan-bahan dalam menepati piawai antarabangsa ataupunperaturan-peraturan tempatan.
|