Persepsi pensyarah terhadap penggunaan media pengajaran di Universiti Teknologi Malaysia /

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pensyarah terhadap penggunaan media pengajaran di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian melibatkan 285 orang responden dari kampus Skudai dan Jalan Semarak. Satu set instrumen yang berupa borang soalselidik mengandungi 44 item telah dibina untuk mengukur...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ajmain @ Jimaain Safar 194256, Kamal Basha Madarsha, supervisor 175397, Fakulti Sains 8004
Format:
Language:may
Published: Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia,
Subjects:
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pensyarah terhadap penggunaan media pengajaran di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian melibatkan 285 orang responden dari kampus Skudai dan Jalan Semarak. Satu set instrumen yang berupa borang soalselidik mengandungi 44 item telah dibina untuk mengukur persepsi pensyarah. Statistik deskriptif, Ujian -t dan Anova sehala digunakan dalam penganalisisan data. Kajian ini mendapati bahawa pensyarah bersetuju secara menyeluruh terhadap kenyataan-kenyataan yang berkaitan dengan persepsi penggunaan media pengajaran dalam setiap komponen keperluan, sumbangan, kesesuaian, pengetahuan, pendedahan, kekerapan dan kemahiran. Keputusan ujian-t menunjukkan hanya terdapat perbezaan yang signifikan antara responden yang mengikuti kursus atau seminar penggunaan media dengan yang tidak mengikuti. Diakhir kajian ini ia dapat mengenalpasti perlunya pendedahan yang berterusan terhadap media diberikan kepada pensyarah. Di samping itu, segala kelengkapan dan kemudahan perlu diberikan perhatian oleh pihak pentadbiran dan pengurusan universiti ke arah penggunaan media yang lebih berkesan.