Garispanduan umum perancangan perumahan pada tapak bercerun/

Selaras dengan perkembangan perbandaran dan meningkatnya permintaan terhadap perumahan, adalah dilihat bahawa persoalan terhadap pembangunan perumahan menjadi semakin penting. Kecenderungan pembangunan perumahan di atas tanah- tanah tinggi dan tanah bercerun misalnya semakin mendapat perhatian. Nam...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 392815 Reza Abu Bakar
Format:
Published: Skudai : UTM, 1988
Subjects:
Description
Summary:Selaras dengan perkembangan perbandaran dan meningkatnya permintaan terhadap perumahan, adalah dilihat bahawa persoalan terhadap pembangunan perumahan menjadi semakin penting. Kecenderungan pembangunan perumahan di atas tanah- tanah tinggi dan tanah bercerun misalnya semakin mendapat perhatian. Namun demikian yang jelas, ciri-ciri fizikal semulajadi tapak tersebut kurang dipertimabngkan selaras dengan perkembangan pesat pembangunan perumahan itu sendiri. Sungguhpun kawalan pembangunan dilaksanakan keatas pemaju-pemaju, masih terdapat beberapa kelemahan dalam sistem perancangan dan kawalan pembangunan semasa. Sekiranya pembangunan perumahan ingin terus dijalankan di atas tanah-tanah cerun ini, satu sikap dan tindakan yang lebih positif serta tegas hendaklah diwujudkan. Jika tidak, ciri-ciri fizikal semulajadi serta potensi-potensi terhadap tapak tersebut akan terus diabaikan. Sedang diketahui, dalam prinsip perancangan bahawa untuk mengujudkan alam persekitaran yang baik, faktor-faktor fizikal tapak adalah antara pertimbangan yang utama dan seharusnya didahului dalam semua cadangan-cadangan pembangunan. Berasaskan persoalan-persoalan dan perkembangan semasa ini, adalah difikirkan satu garispanduan berhubung dengan pembangunan perumahan di tapak-tapak bercerun adalah semakin diperlukan. Pembangunan hendaklah dipastikan tidak dijalankan sewenang-wenangnya tetapi sepatutnya dapat memberikan kesan-kesan yang lebih positif kepada alam sekitar. Garispanduan yang lebih dikhususkan di peringkat Perancangan Tapak ini cuba diarahkan untuk membantu pemaju-pemaju perumahan dan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam perlaksanaan pembangunan. Semoga dengan garispanduan ini akan dapat menjadi asas kepada satu corak pembangunan yang lebih terkawal.