Penilaian ke atas pusat pertumbuhan luar wilayah Lembah Kelang. Kajian kes : Zon daerah Hulu Selangor/

Pusat pertumbuhan adalah satu penyelesaian keatas masalah ketidakseimbangan baik di antara wilayah maupun di antara kawasan di dlam wilayah itu sendiri. Di atas keupayaan ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memakai konsep ini untuk menyeimbangkan pembangunan di antara Wilayah Lembah Kelang yang pesa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 433562 Zulhaimi Nordin
Format:
Subjects:
Description
Summary:Pusat pertumbuhan adalah satu penyelesaian keatas masalah ketidakseimbangan baik di antara wilayah maupun di antara kawasan di dlam wilayah itu sendiri. Di atas keupayaan ini, Kerajaan Negeri Selangor telah memakai konsep ini untuk menyeimbangkan pembangunan di antara Wilayah Lembah Kelang yang pesat membangun dengan Luar Wilayah Lembah Kelang yang lebih mundur. Namun demikian, Kuala Kubu Bharu sebagai satu pusat pertumbuhan kepada Zon Daerah Hulu Selangor masih tidak menunjukkan keupayaan pada peranannya, khusus untuk mengwujudkan perkembangan ekonomi yang pesat. Ini dapat dilihat pada kadar perkembangan yang lalu, semasa dan prospeknya pada masa depan yang menimbulkan persoalan samada bandai ini berupaya untuk terus sebagai pusat pertumbuhan. Kajian menunjukkan Kuala Kubu Bharu mempunyai masalah kekurangan penduduk, sumber asa tempatan, bentuk mukabumi dan polisi Kerajaan Negeri yang tidak membolehkan perkembangan ekonomi yang pesat berlaku. Sementara itu, terdapat bandar-bandar lainyang lebih berpotensi untuk berperanan sebagai pusat pertumbuhan. Daripada penilaian, didapati bandar Batang Kali dapat memenuhi maksud sebagai pusat pertumbuhan yang dikehendaki. Cadangan telah dibentuk bagi menyokong potensi yang wujud pada bandar ini supaya ia benar-benar dapat berperanan sebagai pusat pertumbuhan bagi Zon Daerah Hulu Selangor.