Kajian keperluan kawasan lipurdiri bagi perumahan kepadatan tinggi : kes kajian Kampung Kerinchi/

Perancagan kawasan lipurdiri dikawasan perumahan kepadatan tinggi seperti kemudahan padang, taman kanak-kanak, pusat orang ramai dan lain-lain kemudahan lipurdiri yang tertulis didalam 'blue print' selalau diabaikan. Pada masa kini kebanyakan kawasan perumahan menghadapi msalah dari segi p...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 298840 Ahmad Tarmizi Ahmad
Format:
Subjects:
Description
Summary:Perancagan kawasan lipurdiri dikawasan perumahan kepadatan tinggi seperti kemudahan padang, taman kanak-kanak, pusat orang ramai dan lain-lain kemudahan lipurdiri yang tertulis didalam 'blue print' selalau diabaikan. Pada masa kini kebanyakan kawasan perumahan menghadapi msalah dari segi peralatan, kemudahan dan keluasan kawasan permainan. Kebanyakan kawasan yang disediakan pula adalah tidak dirancang dengan baik dan kurang kefahaman terhadap keperluan dan kehendak-kehendak pengguna. Aspek yang perlu ditekankan didalam kajian ini ialah penyediaan taman permainan kanak-kanak dibawah perengkat umur 16 tahun. Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan kepada tiga taman iaitu i) taman kanak-kanak kecil, ii) taman kanak-kanak muda dan iii) taman kanak-kanak komprehensif. Kajian ini adalah bertujuan a. untuk melihat mustahaknya aktiviti-aktiviti permainan kanak-kanak dalam memberi sumbangan fizikal dan mental kanak-kanak b) Untuk menunjukkan pentingnya kefahaman diantara aktiviti-aktiviti permainan kanak-kanak dan ruang fizikal sekitarnya. c) menyediakan cadangan kawasan dan kemudahan alat-alat khususnya untuk kemudahan ruang diperumahan kepadatan tinggi. Seterusnya beberapa polisi dicadangkan sebagai garis panduan untuk pembangunan dimasa akan datang.