Kajian semula konsep pemusatan penempatan bandar baru luar bandar. Kajian kes : Bandar Kota Perdana (DARA)/
Bandar Kota Perdana di Wilayah Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara, seperti juga dengan bandar-bandar baru di Lembaga Kemajuan Wilayah yang lain, telah menggunapakai Konsep Pemusatan Penempatan sebagai strategi utama pembangunan pembandarannya. Tetapi setelah lebih satu dekad konsep ini dilaksanakan, p...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Subjects: |
Summary: | Bandar Kota Perdana di Wilayah Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara, seperti juga dengan bandar-bandar baru di Lembaga Kemajuan Wilayah yang lain, telah menggunapakai Konsep Pemusatan Penempatan sebagai strategi utama pembangunan pembandarannya. Tetapi setelah lebih satu dekad konsep ini dilaksanakan, pencapaiannya tidaklah seperti yang dijangkakan. Pembangunan Bandar Kota Perdana adalah amat lambat dan tidak berupaya menyaingi petempatan-petempatan yang telah sedia wujud. Masalah utama yang dihadapi adalah disebabkan kelewatan pembangunan tanah pertanian di kawasan pengarahnya. Keadaan ini telah mengakibatkan program penyediaan kemudahan asas terpaksa ditangguhkan dan secara langsung melambatkan kemasukan penduduk. Bandar Kota Perdana dirasakan tidak mempunyai insentif yang kuat untuk menarik pelaburan dan penduduk tetap. Akibatnya Bandar Kota Perdana tidak membangun seperti yang dirancangkan. Sebagai usaha untuk mengatasi masalah ini, dicadangkan supaya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memainkan peranan utama sebagai pemaju tanah-tanah pertanian. Pembangunan bandar ini perlulah diselaraskan dengan kemajuen kawasan pengaruhnya. Kemudahan asas sepatutnya disediakan sebelum kemasukan penduduk. Insentif-insentif lain juga dicadangkan sebagai daya tarikan untuk pengekalan penduduk. Cadangan-cadangan tersebut diharap dapat menjadikan pembangunan Bandar Kota Perdana lebih menepati perancangannya. |
---|