Masalah penutupan akaun terakhir untuk Maktab Perguruan Kuantan Pahang /

Projek Maktab Perguruan Kuantan ini pada asalnya telah ditawarkan kepada Tetuan Sulaiman Shah Sendirian Berhad pada tahun 1978. Nombor kontrak ialah JKR/PER/IP/P/137/78. Tajuk kontrak ialah "Construction and Completion of Polytechnic and Teachers Training College, Kuantan, Pahang". Tari...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 231419 Johari Baba
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1987
Subjects:
Description
Summary:Projek Maktab Perguruan Kuantan ini pada asalnya telah ditawarkan kepada Tetuan Sulaiman Shah Sendirian Berhad pada tahun 1978. Nombor kontrak ialah JKR/PER/IP/P/137/78. Tajuk kontrak ialah "Construction and Completion of Polytechnic and Teachers Training College, Kuantan, Pahang". Tarikh memiliki tapakbina ialah pada 30 Mei 1978. Manakala tarikh tamat kontrak pula pada 28 Januari 1981. Harga kontrak untuk kontraktor pertama ini ialah sebanyak Ringgit$ 5,274,660.29. Kontraktor berkenaan telah dimansuhkan kontraknya pada 27 Februari 1981, kerana telah gagal menyiapkan projek tersebut. Kemajuan kerja kontraktor pertama ketika kontrak dimansuhkan ialah sebanyak 29 peratus(%). Manakala bayaran yang telah dibuat adalah sebanyak Ringgit$ 1,810,159.73. Manakala tawaran semula pula telah ditawarkan kepada Tetuan Lim Boon Yit Construction Sendirian Berhad pada tahun 1982. Nombor kontrak kedua ialah JKR/PER/IP/P/127/82. Tajuk kontrak ini ialah "Membina dan Menyiapkan Projek Yang Belum Siap di Maktab Perguruan Kuantan, Pahang". Tarikh memiliki tapakbina ialah pada 27 Februari 1982. Kontrak kedua ini telah dibahagikan kepada Package 1A dan Package 1B. Tarikh tamat kontrak untuk Package 1A ialah pada 1 Disember 1982 manakala Package 1B pula pada 26 Jun 1983. Harga kontrak kedua ini ialah sebanyak Ringgit$ 7,866,586.93. Tambahan kos sebanyak Ringgit$ 2,460,000.00 telah diperlukan untuk menyiapkan projek. Tempoh kontrak telah dilanjutkan hingga ke tarikh penyiapan pada 30 September 1984. Jumlah kos yang telah dibelanjakan untuk menyiapkan projek ini ialah sebanyak Ringgit$ 12,136,746.66. Pihak klien terpaksa menunggu selama 76 bulan sebelum dapat menduduki tapak baru Maktab Perguruan Kuantan ini.