Ամփոփում: | Masalah pengangkuatn di Kota Bharu adalah merupakan salah satu masalah yang terbit daripada kepestan perkembangan guna tanah bandarnya yang utama seperti perdagangan, perindutrian dan sebagainya. Kesan daripada perkhidmatan beca roda tiga dan teksi haram yang mana banyak menimbulkankepada pengguna dan kerajaan, telah membawa kepada pengenalan perkhidmatan bas bandar. Walau bagaimanapun, enam laluannya yang sedia ada tidak dapat memberikan perkhidmatan yang menyeluruh di kawasan perbandaran. Kekurangan kemudahan ionfrastruktur pengangkutan; masalah perkhidmatan seperti kelewatan masa perjalanan dan ketidakcukupan bas; serta masalah pemasran perkhidmtan, adalah merupakan masalah-masalah lain di kenalpasti dari operasi perkhidmatan bas bandar. Untuk membolehkan perkhidmatan bas bandar yang bersesuaian dengan guna tanah dan taburan penduduk perbandaran masa hadapan, 16 laluan baru telah dicadangkan sebagai tambahan kepada laluan yang sedia ada. Pembaikan ke atas masa perjalanan, masa operasi, kekerapan perkhidmatan, tempat menunggu bas, hentian sebelah dan menyediakan bilangan bas yang mencukupi, adalah merupakan cadangan-cadangan lain boleh untuk membolehkan perkhidmatan bas bandar memberi perkhidmatan yang sebaik-baiknya kepada pengguna. Di samping itu, strategi pemasaran perkhidmatan juga dibuat untuk menggalak dan meningkatkan penggunaan perkhidmatan bas bandar dalam sebarang perjalanan penduduk. Dengan adanya perkhidmatan yang cekap dan ekonomik, tidak syak lagi perkhidmatan bas bandar akan menjadi satu identiti yang boleh dibanggakan kepada kawasan perbandaran kelak.
|