Penjana aturcara COBOL /
Bahasa COBOL kerap digunakan dalam organisasi-organisasi yang melibatkan kerja-kerja memproses data-data dan maklumat yang banyak seperti di Institusi pengajian tinggi, organisasi-organisasi perniagaan,pentadbiran dan pengurusan. Sungguhpun keupayaannya memenuhi keperluan-keperluan tersebut, namun d...
Main Author: | |
---|---|
Format: | |
Published: |
Sekudai : UTM,
1990
|
Subjects: |
Summary: | Bahasa COBOL kerap digunakan dalam organisasi-organisasi yang melibatkan kerja-kerja memproses data-data dan maklumat yang banyak seperti di Institusi pengajian tinggi, organisasi-organisasi perniagaan,pentadbiran dan pengurusan. Sungguhpun keupayaannya memenuhi keperluan-keperluan tersebut, namun dari segi penulisan dan pengkodannya menimbulkan kerumitan kepada pengguna atau pengaturcara. Setiap penyataan-prnyataan penakrifan dan keterangan-keterangan kemasukan rekod dan fail mesti ditulis mengikut sintaksis Bahasa COBOL. Tumpuan selalunya banyak diperuntukkan untuk membuat percubaan dan anggaran bagi mendapatkan bentuk bentangan keluaran yang diingini. Masa, tenaga dan tumpuan pengaturcara akan lebih diperlukan jika aturcara COBOL tersebut melibatkan penyataan-penyataan penakrifan dan keterangan-keterangan kemasukan rekod dan fail yang banyak. Menyedari hal yang sedemikian, maka projek Penjana Aturcara COBOL ini berusaha untuk mengurangkan masalah tersebut melalui teknik penyediaan borang-borang masukan untuk pengguna mengisi maklumat-maklumat penakrifan tanpa perlu mengambilkira sintaksis penyataan penakrifan tersebut dan satu penyunting melakar bentangan keluaran disediakan bagi membolehkan pengguna menyatakan terus bentuk bentangan keluaran yang dikehendaki. Adalah diharapkan pendekatan yang diketengahkan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kerumitan yang dihadapi. walaupun tidak mampu untuk menghapuskannya seratus peratus. |
---|