Cadangan akademi pengajian pertahanan negara, Taman Templer Kuala Lumpur /

Angkatan tentera merupakan teras pertahanan sesebuah negara. Bagi Malaysia peruntukan belanjawan negara untuk pertahanan merupakan jumlah yang terbesar di antara peruntukan jika dibandingkan dengan badan-badan Kerajaan yang lain. Ini menunjukkan bahawa Malaysia amat menitik beratkan keselamatan ne...

Повний опис

Бібліографічні деталі
Автор: 334990 Din Abu Bakar
Формат:
Опубліковано: Sekudai : UTM, 1990
Предмети:
Опис
Резюме:Angkatan tentera merupakan teras pertahanan sesebuah negara. Bagi Malaysia peruntukan belanjawan negara untuk pertahanan merupakan jumlah yang terbesar di antara peruntukan jika dibandingkan dengan badan-badan Kerajaan yang lain. Ini menunjukkan bahawa Malaysia amat menitik beratkan keselamatan negara dan sentiasa cuba memperkemaskan dan memperbesarkan lagi Angkatan Tentera supaya setanding dengan negara-negara lain. Oleh kerana kepesatan pembesaran Angkatan Tentera dewasa ini amat ketara sekali secara tidak langsung ianya memerlukan tenaga pentadbir yang terlatih, berkewibaan, berkaliber dan cekap bagi menerajui pasukan pertahanan negara. Bagi memenuhi tuntutan ini maka beberapa langkah telah diambil antaranya membeli peralatan-peralatan moden dan terkini, mengambil pegawai-pegawai yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi dan sebagainya. Bagi melahirkan sebuah angkatan bersenjata yang dihormati, dan disegani, perkara-perkara di atas masih tidak mencukupi sekiranya para pegawainya tidak mempunyai kecekapan mentadbir dan terlatih. Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Pertahanannanan telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Maktab Turus Angkatan Tentera pada tahun 1971 dan kemudiannya Maktab Pertahan Angkatan Tentera pada tahun 1980. Walaupun telah wujud dua buah pusat pengajian tinggi tentera tetapi ianya masih tidak mencukupi bagi menampung permintaan kemasukan pegawai-pegawai ke maktab tersebut. Disebabkan inilah maka lahirnya ide untuk menubuhkan sebuah lagi maktab iaitu Maktab Pertahanan Negara pada Januari 1980. Setentak dengan ini juga ditubuhkan Akademi Pengajian Pertahanan Negara (appn) yang mana ianya mentadbir gabungan ketiga-tiga maktab-maktab di atas. Penggabungan ini adalah bertujuan untuk memudahkan pentadbiran dan perkongsian penggunaan peralatan serta ruang-ruang tertentu. Ketiga-tiga maktab ini akan dibina di atas tapak yang sama. Penubuhan akademik ini adalah bertujuan untuk melatih pegawai-pegawai tentera (Udara, Darat dan Laut), Polis Di Raja Malaysia, Pegawai Diplomat dan Pegawai-Pegawai Tentera dari Luar negeri.