Kajian pengurusan kontrak pelabuhan Kuantan, Pahang/ Mohd Mazlan Che Mat

Pengurusan merupakan salah satu aspek terpenting dalam pembinaan sesuatu projek. Penulis dengan ini mengemukakan satu bentuk pengurusan kontrak bagi projek yang berbentuk Kejuruteraan Awam iaitu satu kajian kes mengenai Pelabuhan Kuantan, Pahang. Klien projek ini ialah Kementerian Pengangkutan yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 197426 Mohd. Mazlan Che Mat
Format:
Subjects:
Description
Summary:Pengurusan merupakan salah satu aspek terpenting dalam pembinaan sesuatu projek. Penulis dengan ini mengemukakan satu bentuk pengurusan kontrak bagi projek yang berbentuk Kejuruteraan Awam iaitu satu kajian kes mengenai Pelabuhan Kuantan, Pahang. Klien projek ini ialah Kementerian Pengangkutan yang mengawasai aspek-aspek kewangan projek, manakala Jabatan Kerjaraya iaitu salah satu Jabatan Teknikal Kerajaan, merupakan ejen pelaksana yang mengendalikan aspek teknikal dan pengurusan kontrak. Memandangkan pembinaan pelabuhan merupakan satu bentuk pembinaan yang memerlukan banyak kepakaran, maka perhatian yang serius diberikan terhadap beberapa aspek pengendalian projek tersebut semoga lebih difahami dan dapat mengambil pelajaran penting dari pengalaman projek ini. Sepanjang tempoh kajian ini dibuat, penulis telah ditempatkan di Jabatan Rekabentuk dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR, untuk meneliti kesemua dokumen-dokumen dan maklumat-maklumat yang bersangkutan dengan kajian projek ini. Lawatan tapak telah dibuat apabila perlu, dan perbincangan dengan pegawai-pegawai yang bersangkutan dengan projek ini. Lawatan tapak telah dibuat apabila perlu, dan perbincangan dengan pegawai-pegawai yang bersangkutan dengan projek telah dijalankan untuk mendapatkan maklumat dan gambaran yang lebih jelas. Kajian terperinci dibuat bermula dari peringkat Kajian Kemungkinan sehingga keperingkat penyediaan Akaun Muktamad serta penglibatan perunding-perunding berkenaan. Bentuk kontrak, aturcara pemanggilan tawaran, kontrak setara, bagaimana penilaian kemajuan dibuat, analisa jangkamasa dan kos projek adalah diantara aspek-aspek terpenting yang dikaji. Akhirnya, gambaran yang lebih jelas tentang peranan yang telah dimainkan oleh Jabatan Kerjaya, yang juga melibatkan profesyen Ukur Bahan di dalam projek-projek pengendaliannya dapat ditampilkan. Syarat-syarat ketatkan yang dikenakan oleh Bank Pembangunan Asia sebagai sumber pinjaman utama sedikit sebanyak mempengaruhi kelicinan perjalanan projek ini. Pentingnya Kumpulan Pengurusan Projek mempunyai seorang pakar pelabuhan pada peringkat perancangan lagi juga ditekankan. Peranan dan penglibatan Perunding projek dari luar negeri juga ditimbulkan dan dikaji dengan mendalam.