Tanah tanih dan perancangan bandar dan wilayah /

Perkembangan penggunaan maklumat tanah-tanih dalam bidang perancangan abndar dan wilayah (PBW) mula meluas sejak pertengahan abad ini. Walaupun kajian tanah-tanih telah dijalankan adalah pada bidang pertanian, disamping kejuruteraan dan lanskap. Oleh itu, dissertasi ini bertujuan untuk memperluas da...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 446205 Alijus Silpil @ Mohd Ali Shuib
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1986
Subjects:
Description
Summary:Perkembangan penggunaan maklumat tanah-tanih dalam bidang perancangan abndar dan wilayah (PBW) mula meluas sejak pertengahan abad ini. Walaupun kajian tanah-tanih telah dijalankan adalah pada bidang pertanian, disamping kejuruteraan dan lanskap. Oleh itu, dissertasi ini bertujuan untuk memperluas dan memperkemaskan penggunaan maklumat tanih-tanih dalam PBW. Disebabkan penggunaan maklunat tanah-tanih daslam PBW belum meluas di Malaysia, bahagian awal meringkaskan pengetahuan serta pengalaman mengenai tanah-tanih daripada luar negeri, antaranya Amerika Syarikat, Belanda, Britain dan Australia. Hasil kajian menunjukkan bagaimana data survei tanah-tanih digunakan untuk pembangunan bandar di Fairfax County, Virginia (USA), pembangunan kawasan Townsville, Queensland (Australia) dan dalam pembangunan wilayah di Wisconsin Tenggara (USA). Pertambahan tekanan serta masalah yang timbul akibat penggunaan tanah yang tidak sesuai, kemunculan sistem pemyimpanan maklumat yang sistematik adalah antara faktor utama yang menggalakkan perkembangan maklumat tanah-tanih dalam PBW. Kaedah survei tanah-tanih dan penilaian tanah adalah antara pendekatan utama yang digunakan dalam PBW untuk mempersembahkan maklumat tanah-tanih. Daripada pendekatan tersebut beberapa ciri-ciri tanah-tanih seperti kecerunan. keboleh-telapan, keupayaan galas, keliangan, kebatuan, saiz partikel dan sebagainya telah dikenalpasti. Ini semuanya digunakan sebagai ukuran kesesuaian kegunaan tanah pada sustu kawasan. bahagian akhir dissertasi ini mengemukakan beberapa bentuk cadangan untuk kegunaan dalam PBW, antara perkara yang ditekankan adalah (i) menjadikan survei tanah-tanih dan sistem penilaian tanah sebagai alat bagi para jururancang mempergunakan maklumat tanah-tanih dalam tugasnya. (ii) beberapa garis panduan perkaitan antara gunatanah dengan ciri-ciri serta kualiti tanah-tanih tertentu dan (iii) Cadasngan memperkemaskan survei tanah-tanih di Malaysia serta dalam PBW di masa depan.