Kajian ke atas skim pinjaman perumahan kerajaan persekutuan dan alternatif terpilih sebagai sumber pembiayaan perumahan /

Pembiayaan perumahan memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat kerajaan mewujudkan satu demokrasi pemilikan rumah di negara kita. Kerajaan telah mewujudkan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan Persekutuan sebagai satu sumber pembiayaan perumahan untuk kakitangannya. Namun demikian, dikatakan pem...

詳細記述

書誌詳細
第一著者: 279311 Abdul Khalid Abdul Rahman
フォーマット:
出版事項: Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1989
主題:
その他の書誌記述
要約:Pembiayaan perumahan memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat kerajaan mewujudkan satu demokrasi pemilikan rumah di negara kita. Kerajaan telah mewujudkan Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan Persekutuan sebagai satu sumber pembiayaan perumahan untuk kakitangannya. Namun demikian, dikatakan peminjam-peminjam skim ini menghadapi masalah dari segi syarat-syarat dan prosedur pinjaman. Apakah disebabkan masalah dari segi syarat-syarat dan prosedur pinjaman ini, ramai kakitangan kerajaan enggan memohon pembiayaan melalui skim ini ? Kajian dibuat bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh peminjam dari aspek syarat-syarat dan prosedur pinjaman. Perbandingan dibuat antara pembiayaan oleh skim ini dengan alternatif terpilih (Bank Islam Malaysia Berhad) bagi mengenalpasti kelemahan-kelemahan ini khusus dilihat dari aspek pembiayaan yang bertentangan dengan Syariah Islam. Kajian juga dibuat bagi melihat corak permintaan skim ini oleh kakitangan kerajaan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, memang terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh peminjam dari aspek syarat-syarat dan prosedur pinjaman. Masalah-masalah yang dihadapi dilihat dari segi jangkamasa keputusan permohonan pinjaman, kos persediaan permohonan pinjaman, kadar faedah pinjaman, had minimun umur yang layak untuk mendapat pinjaman dan dari segi pembayaran ansuran bulanan oleh peminjam. Terdapat kelemahan-kelemahan pembiayaan skim ini apabila dibandingkan dengan alternatif terpilih. Kelemahan yang jelas adalah dari segi konsep pembiayaan. Konsep pembiayaan skim ini adalah berasaskan sistem riba. Manakala bagi Bank Islam Malaysia Berhad berasaskan konsep jual beli yang dihalalkan oleh Syariah Islam. terdapat juga perbezaan dari segi perlunasan pembiayaan antara kedua-dua skim ini. Jenis pinjaman perumahan yang diperolehi oleh peminjam dan kadar faedah pinjaman skim ini memainkan peranan penting dalam mempengaruhi corak permintaan pembiayaan skim ini. Dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan di akhir kajian ini, diharap dapat menjadi garis panduan untuk mewujudkan skim pinjaman ini sebagai satu sumber pembiayaan yang tidak membebankan peminjam serta dapat diselaraskan dengan Syariah Islam.