Pengurusan bangunan-bangunan kerajaan persekutuan (satu kes kajian di Perak Utara) /

Dalam pembangunan negara Malaysia, pihak Kerajaan Persekutuan memainkan peranan penting sebagai jentera pembangunan negara. Salah satu daripada peranan tersebut ialah membangunkan hartanahnya untuk kepentingan pentadbiran dan ekemudahan pihak awam. Hartanah tersebut diuruskan oleh pengurus-pengurus...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 324108 Azizah Zawree
Format:
Subjects:
Description
Summary:Dalam pembangunan negara Malaysia, pihak Kerajaan Persekutuan memainkan peranan penting sebagai jentera pembangunan negara. Salah satu daripada peranan tersebut ialah membangunkan hartanahnya untuk kepentingan pentadbiran dan ekemudahan pihak awam. Hartanah tersebut diuruskan oleh pengurus-pengurus di jabatan-jabatan Kerajaan. Bangunan-bangunan Kerajaan seperti bangunan sekolah, hospital dan pejabat-pejabat Kerajaan di kategorikan sebagai kemudahan-kemudahan awam atau pelaburan di sektor awam. pelaburan dalam kemudahan awam ini adalah untuk memberikan kesejahteraan dan keselesaan dalam penghidupan rakyat atau pihak awam. Pelaburan tersebut merupakan stau pengorbanan dari phak kerajaan atau pihak lain yang terlibat, kerana tiada pulangan yang berupa kewangan yagn diharapkan. Dalam pembangunan Ekonomi di Malaysia, yang dikenali sebagai; Rancangan Malaya Pertama dan Kedua serta disusuli pula oleh Rancangan Malaysia pertama hingga Rancangan Malaysia Keempat; yang sedang dalamperlaksanaannya masakini, memberikan tumpuan terhadap pembangunan perkhidmatan-perkhidmatan sosial, seperti sekolah, hospital dan lain-lain pelaburan awam. Kemudahan-kemudahan awam ini mempunyai fungsi yagn penting untuk menentukan kemajuan sesuatu masyarakatitu.Dengan emudahan seperti sekolah, hospital dan lain-lain, ialah untuk memberikan perkhidmatan dibidang pendidikan, ksekesihatan dan kelancaran di jabatan-jabatan Kerajaan. Kesimpulannya, kemudahan awam ini menjadi asas kepada kemajuan sesuatu masyarakat, dimana kemudahan awam tiu disediakan. Dalam proses pembangunan ssebuah negeri, terdapat dua sektor yang terlibat, iaitu sektor awam dan sektor swasta. yang membezakan diantara kedua-dua sektor ini ialah dari segi matlamat organisasi pengurusan ini menyebabkan taraf pencapaian objektif-objektifnya yang berbeza. Dalam pengurusan hartanah Kerajaan persekutuan, adalah satu bentuk pentadbiran awam yang mempunyai bidang yang luas, melibatkan jabatan-jabatan Kerajaan yang mempunyai kepentingan diantara satu sama lain demu untuk menjayakan pengurusan tersebut. Disamping itu kerjasama daripada pihak awam sebagai pengguna pelaburan awam ini adalah amat penting. Mengenai peruntukan, adalah dibiayai oleh Kerajaan persekutuan, hasil dari pendapat negara dan dalam pentadbiran awam, perkhidmatan yagn di berikan adalah lebih terbuka atau umum kepada orang ramai, sebagai penjelasan kepda mereka mengenai usaha-usaha pembangunan yagn dijalankan. Peruntukan kewangan untuk melaksanakan pengurusan hartanah Kerajaan Persekutuan, diterima setiap tahun sebagai peruntukan tahunan; untuk perlaksanaan program-program pengurusan yagn dirancangkan dalam satu jangka masa pendek atau kadangkala dilakukan pembangunan secara ad-hoc. Hasil dari tindakan ini sukar dikesan akan pencapaian kecekapan pengurusan kerana jangkamasa yang diperuntukan adalah singkat untuk dibuat penganalisaan. Dari masa kesemasa, organisasi pengurusan sektor awam ini menjalanakn usaha-usaha gigih untuk mencapai objektif organisai tersbut dengan matlamat utama, untuk faedah pihak awam. Pihak Kerajaan Persekutuan yang mempunyai bidang kuasa yagn luas berpeluang untuk meningkatkan pencapaian pengurusan melalui latihan kemahiran, untuk melahirkan ahli-ahlai iktisas yang berkelayakan dalam bidang pengurusan hartanah, disamping menanamkan sikap dedikasi dilakudi kalangan pegawai-pegawai Kerajaan, didalam organisasi pengurusan hartanah Kerajaan Persekutuan.