Masalah kekurangan bahan binaan di kalangan kontraktor bumiputera
Permintaan terhadap bahan binaan yang semakin meningkat setiap hari terutamanya di masa perkembangan industri yang pesat menyebabkan berlakunya kekurangan bahan binaan. Masalah kekurangan bahan binaan merupakan salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh semua pihak yang terlibat di dalam industr...
Glavni avtor: | |
---|---|
Format: | |
Teme: |
Izvleček: | Permintaan terhadap bahan binaan yang semakin meningkat setiap hari terutamanya di masa perkembangan industri yang pesat menyebabkan berlakunya kekurangan bahan binaan. Masalah kekurangan bahan binaan merupakan salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh semua pihak yang terlibat di dalam industri binaan. Pihak yang teruk menghadapi masalah ini ialah golongan kontraktor dimana ianya boleh menjejaskan segala prestasi kontraktor di masa hadapan. Menyedari tentang betapa seriusnya masalah ini terhadap negara satu kajian dibuat untuk meneliti punca--punca masalah khasnya terhadap kontraktor bumiputera. Kontraktor bumiputera adalah pihak yang masih baru terlibat dalam industri binaan berbanding dengan kontraktor bukan bumiputera. Kajian juga meliputi jenis-jenis bahan yang kerap menghadapi masalah serta mengkaji punca dan kebenaran samada hanya kontraktor bumiputera mengalami masalah ini atau sebaliknya. Analisa serta cara dan cadangan bagi mengatasi masalah ini turut dikemukakan. Kajian ini amat berguna kepada pihak-pihak yang terlibat dalam industri binaan terutamanya kepada kontraktor-kontraktor bumiputera serta pihak kerajaan seterusnya diharapkan dapat mengatasi masalah ini di masa hadapan . |
---|